Didakwa sindir aset ATM, akhirnya Caprice bersuara

Didakwa sindir aset ATM, akhirnya Caprice bersuara.Penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice menafikan dakwaan dia mempertikaikan agensi keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau menyifatkan dakwaan itu satu perkara serius.

“Salam Malaysia. Baru-baru ini viral di YouTube dan TikTok di mana seorang bekas TUDM buat video menuduh saya sindir pasukan keselamatan dan indirectly menyentuh YDP (Yang di-Pertuan Agong) kita. Ini merupakan satu tuduhan yang sangat serius terhadap nama dan misi saya, jadi saya kena jelaskan.

“Posting saya tentang rindu Merdeka adalah sangat jelas, saya rindu sifat Merdeka di mana we are united dan organized. Dalam masa yang sama, rindu sudah lama tak nampak aset-aset negara yang hebat setiap tahun.

“Kalau ada soalan pasal aset hebat tu.. itu adalah soalan yang sangat serius. Celah mana saya sindir pasukan?” soal Caprice di Instagram.

Beberapa hari lalu, Ariz ada berkongsi beberapa keping foto aset pasukan keselamatan termasuk ATM, bomba serta PDRM dipercayai sewaktu perarakan sambutan Hari Kebangsaan sebelum pandemik Covid-19 menyerang dunia.

sindir

Bersama posting berkenaan Ariz menulis dia rindukan suasana sambutan hari kemerdekaan.

Namun perkongsian Ariz itu mengundang pelbagai tafsiran terutamanya ketika wujud dakwaan kononnya aset pasukan kesalamatan tidak digunakan sebaik mungkin ketika negara berdepan bencana banjir.

Sehubungan itu, seorang individu dipercayai bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempertikaikan tindakan Ariz yang menurutnya sebagai tidak bertanggungjawab.

Menjelaskan lanjut, Caprice, 33, turut memberitahu keluarganya juga merupakan bekas kakitangan kerajaan dan tidak berniat mahu menyindir pasukan keselamatan negara.

Jelasnya, dia tidak tahu daripada mana tuduhan tidak berasas itu muncul.

“Saya datang daripada keluarga kakitangan kerajaan, ibu dulu merupakan jururawat di hospital kerajaan. Ada polis, askar, tentera laut, jururawat, JPJ dan duta.

“Perkara terakhir yang saya akan lakukan ialah menyindir pasukan keselamatan. Celah mana saya sindir dan kutuk, the hard working people of bomba, askar, APM, polis pun tak tahu. Tolong jelaskan,” katanya.

BACA JUGA:

30 jemaah umrah Malaysia positif Covid varian Omicron
Kanak-kanak 6 tahun beli rumah bernilai RM4.4 juta, ramai terkejut

Artikel ini disiarkan pada 25/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)