Didakwa rogol anak tiri, penjawat awam di Kelantan direman 6 hari

Oleh MHDAILY

Didakwa rogol anak tiri, penjawat awam di Kelantan direman 6 hari.Seorang penjawat awam direman enam hari bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan mangsa seorang remaja bawah umur yang juga anak tirinya.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Rusli Ahmad, bermula hari ini sehingga Isnin.

Lelaki 38 tahun itu disaat depan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan berkaitan jenayah rogol yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara antara 10 hingga 30 tahun.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, ketika dihubungi mengesahkan suspek ditahan di Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu, petang semalam.

Penahanan itu susulan laporan polis dibuat mangsa yang berusia 14 tahun.

 rogol

Mangsa mendakwa dirogol bapa tirinya sejak usianya 11 tahun. Kejadian terakhir didakwa berlaku pada jam lapan pagi, kelmarin.

“Mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibu saudaranya sebelum dia tampil membuat laporan polis bersama ibu kandungnya.

“Gadis itu tinggal bersama ibu kandung dan bapa tirinya sejak 2014. Mangsa mendakwa kejadian berlaku ketika ibunya tiada di rumah apabila suspek masuk ke dalam bilik tidurnya.

“Menurut mangsa, dia dirogol oleh bapa tirinya sejak berusia 11 tahun dan mangsa tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa kerana takut dengan ugutan suspek,” katanya ketika dihubungi di Kota Bharu, hari ini.

Abdul Rahim berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Tambahnya, hasil pemeriksaan pegawai perubatan terdapat kesan koyakan baru dan lama pada kemaluan mangsa.

“Hasil soal siasat awal, suspek mengaku ada merogol anak tirinya dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/590469

BACA: Lantik Muhyiddin : Itu adalah kebijaksanaan PM – Zahid