Didakwa langgar arahan kuarantin, Lim Guan Eng akhirnya buka mulut

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menjelaskan arahan kuarantin kendiri yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan terhadapnya, tidak mengikut tarikh sepatutnya.

Beliau membuat penjelasan itu selepas didakwa telah melanggar perintah kuarantin kendiri di rumah dengan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Lim berkata beliau dimaklumkan mungkin menjadi kontak rapat dengan pesakit Covid-19 pada 2 September lalu, selepas menghadiri persidangan terbabit.

Didakwa langgar arahan kuarantin, Lim Guan Eng akhirnya buka mulut

“Selepas sidang DUN, saya menjalani kuarantin kendiri dan kemudian telah diuji negatif.

“Pada 6 September, Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan kuarantin kendiri di rumah bermula 1 hingga 10 September dan mewajibkan pemakaian gelang merah jambu,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Gerakan membuat laporan polis selepas mendakwa Lim melanggar perintah kuarantin kendiri dengan menghadiri sidang DUN pada 2 September lalu.

Dua ahli Pemuda Gerakan mendakwa beliau tetap berbuat demikian biarpun peguamnya telah memberitahu mahkamah bahawa pemimpin DAP terbabit menjalani kuarantin selama 10 hari bermula 1 September.

Peguam Lim dilaporkan telah memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa anak guamnya tidak dapat hadir susulan arahan kuarantin bermula 1 hingga 10 September.

Mereka turut mendakwa, dalam tempoh kuarantin 10 hari itu Lim keluar ke tempat awam untuk mengagihkan bakul makanan.

Menjelaskan perkara itu di Facebook, Lim berkata pengedaran bakul makanan itu telah dilakukan beberapa kali pada atau sebelum 31 Ogos di kawasan Parlimennya di Bagan.

Oleh itu katanya, semua dakwaan yang dibuat kononnya dia melanggar perintah kuarantin adalah tidak benar.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/09/arahan-kuarantin-kkm-tak-ikut-tarikh-sepatutnya-kata-guan-eng/

BACA JUGA : Shahrir Samad dedah punca letak jawatan MP Johor Bahru 1988