Dibantu peguam Siti Bainun, Abu Syafiq menang kes ‘kafirkan’ Ebit Lew

Oleh MHDAILY

Dibantu peguam Siti Bainun, Abu Syafiq menang kes ‘kafirkan’ Ebit Lew. Selepas hampir dua tahun kes saman fitnah siber melibatkan Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ari terhadap seorang personaliti televisyen, PU Faiz atau nama sebenarnya, Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli berlangsung, hari ini Mahkamah Sesyen telah membuat keputusan mengenai kes tersebut.

Mahkamah hari ini mengarahkan agar PU Faiz selaku defendan membayar pampasan kepada Ustaz Abu Syafiq selaku plaintif setelah beliau gagal membela diri.

Ustaz Abu Syafiq yang diwakili peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata, hakim perbicaraan mendapati defendan yang juga seorang pempengaruh media sosial yang aktif dilaman Facebook bertanggungjawab, kerana siaran dan komenn-komen dibuat defendan bersifat fitnah.

Baca Artikel Penuh