“Diam lebih baik” – Fazura

Diam lebih baik Fazura

“Diam lebih baik” – Fazura. Sejak kebelakangan ini, media sosial dibanjiri dengan berita pembunuhan tragis dan kisah menyayat hati yang berlaku dalam kalangan masyarakat negara dan meraih jutaan respons daripada orang ramai.

Melihat ramai yang melontarkan pandangan sendiri isu tersebut, aktres popular, Fazura berpendapat orang ramai disarankan untuk tidak mengeluarkan sebarang komen tanpa mengetahui kebenaran di sebalik sesuatu perkara.

“Hari ini (semalam) saya terfikir kenapa kita selalu buang masa untuk komen benda yang kita tak tahu dan tiada kena mengena dengan kita.

“Kadang-kadang saya terbaca macam-macam dalam media sosial. Kita seperti tahu tentang semua yang berlaku termasuk mengenai kehidupan seseorang.

“Sebenarnya kita tak tahu pun tentang kehidupan dan apa yang berlaku di dalam rumah mereka. Kita tak tahu apa-apa pun,” katanya dalam satu video TikTok.

"Diam lebih baik" - Fazura

Dalam pada itu, pelakon filem Pisau Cukur berkenaan menasihatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum mengetahui sesuatu kebenaran.

“Saya rasa lebih baik untuk kita tak bercakap apa-apa. Diam itu lebih baik.

“Sebab kita memang tak tahu apa-apa. Doa yang baik-baik,” katanya lagi.

Untuk info, sejak beberapa hari lalu negara digemparkan dengan beberapa kes pembunuhan melibatkan pasangan suami isteri serta ibu dan anak.

BACA:

Syafiq Farhain rupanya dah bernikah dalam diam, bukan calang-calang isterinya..

Lama diamkan diri isu aksi porno, akhirnya Zul Ariffin dedah kisah sebenar

Sekali pekerja Taman Buaya Melaka ini ‘sound’ terus terdiam buaya

CATEGORIES