DG Hisham tegur Noh merokok atas pentas KLFW, bawa pengaruh tak baik

DG Hisham tegur Noh merokok atas pentas KLFW bawa pengaruh tak baik

DG Hisham tegur Noh merokok atas pentas KLFW, bawa pengaruh tak baik. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius terhadap isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai dan di pentas persembahan.

Perbuatan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak-kanak dan remaja. Dari sudut kesihatan, perbuatan merokok atau menghisap vape sememangnya mendatangkan kemudaratan baik kepada perokok dan orang di sekeliling mereka.

Sebagai seorang selebriti, tingkahlaku mereka sentiasa diperhatikan oleh masyarakat dan akan menjadi ikutan. Oleh itu, sebagai selebriti mereka mempunyai tanggungjawab untuk menunjukkan tingkahlaku yang baik yang boleh menjadi teladan kepada masyarakat.

Ini juga adalah selaras dengan hasrat KKM untuk membentangkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 supaya kawalan terhadap produk merokok secara komprehensif dapat dilaksanakan bagi mengekang masalah merokok di kalangan masyarakat Malaysia.

DG Hisham tegur Noh merokok atas pentas KLFW, bawa pengaruh tak baik

KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat.

BACA JUGA:
Rupanya pengkid viral ni guna nama ‘Tengku’, last kantoi dengan bekas kekasih tipu jantina
“Kita akan selesaikan hari ini” – Tengku Maimun
Handsock Billie Eilish pakai masa konsert dijual RM4,800! “boleh lah bau peluh lengan dia..”

CATEGORIES