Detektif wanita jatuh cinta dengan suspek kes kendaliannya

Detektif wanita jatuh cinta dengan suspek kes kendaliannya. Ungkapan cinta itu buta tepat bagi menggambarkan kisah detektif wanita di Russia yang didakwa menyalahgunakan kuasanya selepas menjalin cinta dengan lelaki yang terbabit dalam kes curi.

Portal Kompas melaporkan Madina Shukenova, 24, menjalin hubungan dengan suspek bernama Mikhail Serbin itu.

Media tempatan melaporkan Shukenova sangat menyukai Serbin yang menjadi suspek utama kes kecurian wang di bank.

BACA JUGA : Terkini !!! Rakyat Malaysia boleh ziarah ibu bapa di kampung dalam masa terdekat

Shukenova tertarik dengan Serbin yang berusia 22 tahun itu, ketika dia ditugaskan mengendalikan kes berkenaan di bandar Omsk.

Perasaan cinta antara detektif itu dan suspek lelaki itu berputik, tahun ini.

Serbin dilaporkan dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu tarikh perbicaraan.

BACA JUGA : Wanita didenda RM4,000 kerana mengaku salah melacur di hotel di Kuala Pilah

Hubungan mereka terbongkar selepas Serbin ditemukan datang ke rumah Shukenova.

Media Rusia melaporkan Shukenova mengakui cintakan Serbin.

Wanita lulusan Akademi Kementerian Dalam Negeri pada 2019 itu kemudian didakwa dengan tuduhan menyalahgunakan kuasa.

BACA JUGA : Tunjuk ‘anu’ kat perempuan, sekali kena screenshot dan diugut

Ia berikutan Shukenova tidak mendedahkan hubungannya dengan Serbin, atau menarik diri daripada mengendalikan kes membabitkan kekasihnya.

Jika sabit kesalahan, Shukenova akan dilucutkan jawatan dan pihak atasannya juga boleh dihukum kerana membiarkan wanita itu menjalin hubungan dengan suspek.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2021/08/746183/detektif-jatuh-cinta-dengan-suspek

Artikel ini disiarkan pada 25/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)