“Depan anak, mak macam dah nazak sedangkan kami tahu di belakang apa yang dia buat, perangainya buat kami menyampah dengan mak”

Nama saya Zizi (bukan nama sebenar). Saya baru kahwin dalam 2 tahun lebih tapi masih belum dikurniakan zuriat.

Sekarang ni saya dan suami tinggal sebumbung bersama keluarga mertua, ipar duai dan rumah berdekatan dengan pakcik makcik suami (rumah kampung).

Kali pertama saya melangkah masuk ke rumah mertua, agak janggal sebab saya melihat tiada yang hormat mertua seperti ibu kandung sendiri, malah ada anak – anak yang panggil ibu mertua saya dengan panggiIan nama je.

Ada juga yang sudah 1 tahun tak bertegur dengan mertua. Pada mulanya saya kesian pada ibu mertua saya, jadi saya bagi lebih perhatian pada ibu mertua saya. Masuk 1 tahun perkahwinan saya mula tahu per4ngai ibu mertua saya.

Saya dan suami belum dikurniakan zuriat. Pada suatu hari tu ada majlis perkahwinan sepupu suami, tengah ramai – ramai sedang berbual selepas habis majlis, ibu mertua tanya saya depan semua saud4ra mara yang hadir.

“Zizi bila nak ada anak?? Macam mana lah rupa anak Zizi nanti.” Saya terkedu. Selama dia dengan saya serumah takde sekali pun dia tanya berkenaan zuriat. Tiba – tiba depan orang ramai dia tanya. Saya malu dan balik rumah cerita pada suami.

Baca Artikel Penuh