Dengan hanya melompat, lelaki ini buat nama Malaysia terkenal

“Saya yakin mampu mempertahankan emas (Kejohanan Dunia) dan gembira dapat menunjukkan prestasi terbaik.

Jaguh lompat jauh negara, Datuk Abdul Latif Romly, telah menerima penguatan semangat menjelang Sukan Paralimpik Paris 2024

selepas meraih pingat emas buat kali keempat di Kejohanan Dunia Para Olahraga di Kobe, Jepun, hari ini.

Atlet berusia 27 tahun itu mencatat rekod peribadi terbaik musim ini dengan lompatan sejauh 7.30 meter (m) untuk meraih emas keempatnya dalam kategori T20 (kecacatan intelektual).

Latif pemegang rekod dunia dengan jarak lompatan 7.64m, menyatakan kejayaan kali ini meningkatkan keyakinannya

Dengan hanya melompat, lelaki ini buat nama Malaysia terkenal

Dalam usaha mempertahankan emas ketiga berturut-turut di Paralimpik Paris dari 28 Ogos hingga 9 September ini.

“Walaupun empat lompatan saya tidak sah, namun ia tidak menghalang saya daripada memenangi pingat dalam lima Kejohanan Dunia yang saya sertai sejak edisi 2015 di Doha.

“Fokus utama saya kini adalah meraih emas ketiga berturut-turut di Sukan Paralimpik dan berharap memperbaharui rekod dunia,” kata Latif yang turut meraih pingat perak dalam penampilan di Kejohanan Dunia 2019 di Dubai.

Sebelum ini, dua lagi atlet negara menyumbang emas dalam Kejohanan Dunia ini iaitu jaguh lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli (T20) dan Nazmi Nasri (lompat jauh T37).

Eddy Bernard menyumbang pingat perak dalam acara 400m T44 manakala Wong Kar Gee (lompat jauh T12) dan Ammar Aiman (400m T20) meraih pingat gangsa di Kobe.

Selain Latif, tiga lagi atlet yang telah menyertai Sukan Paralimpik Paris adalah Ziyad, Nazmi, dan Eddy

BACA: “Dah 15 tahun kahwin tapi suami jarang sentuh aku, sejak dari tunang sampai kahwin tak bahagia, akhirnya terbongkar