Demi nak makan percuma, lelaki berpura-pura kena serangan jantung lepas makan, dahn 20 restoran tertipu

Sudah makan tapi tak mahu bayar, seorang ekspatriat yang menetap di Sepanyol sanggup berpura-pura terkenan serangan jantung untuk elak bayar bil makanan.

Bukan satu dua restoran yang terkena dengan taktik licik ini tapi hampir 20 restoran alami kerugian kecil disebabkan pelanggan ini.

Menurut akhbar The Sun, lelaki berusia 50 tahun berasa dari Lithuania kini dihukum penjara 42 hari apabila gagal membayar dua denda selepas penipuannya terbongkar.

Demi nak makan percuma, lelaki berpura-pura kena serangan jantung lepas makan, dahn 20 restoran tertipu

Gambar lelaki tersebut turut diedarkan untuk memberi amaran kepada restoran lain mengenai taktik untuk elak bayar bil makanan.

Terlihat jelas dalam gambar tersebut bagaimana senario lelaki itu berpura-pura rebah di atas lantai.

Taktik tersebut dilakukan berulang kali ketika mengunjungi restoran yang menjadi sasaran terutamanya di Costa Blanca.

Seorang pemilik restoran memaklumkan bahawa lelaki itu akan memesan beberapa gelas minuman keras selepas menikmati hidangan salad.

Dia kemudian berlakon mengalami serangan jantung.

Antara restoran yang pernah ditipu ialah EL Buen Comer dan Sale&Pepe, kedua-duanya di bandar Alicante.

“Ia sangat dramatik, dia berpura-pura pengsan dan merebahkan dirinya di atas lantai.

“Kami menyebarkan gambarnya ke semua restoran untuk menghalangnya menipu lagi,” kata Pengurus restoran El Buen Comer.

Baca juga:“Suami anggota beruniform, kerja malam balik pagi, aku terkena jangkitan dari dia, diam-diam aku letak kamera dalam kereta, tak sangka aku..”