Demi menyambung pelajaran di Universiti Al Azhar, lelaki ini nekad rentas 6 negara buat netizen kagum

Gara-gara mahu merealisasikan impian belajar di sebuah universiti berprestij tinggi, seorang lelaki sanggup berbasikal sejauh 4,000 kilometer merentasi Afrika Barat,

Menahan panas terik demi mendapatkan tempat di universiti impiannya, Universiti Al-Azhar, lapor Yahoo.

Mamadou Safayou Barry, telah berlepas dari Guinea ke Mesir merentasi enam negara pada Mei,

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Demi menyambung pelajaran di Universiti Al Azhar, lelaki ini nekad rentas 6 negara buat netizen kagum

berbasikal selama empat bulan dengan harapan beliau akan diterima masuk ke dalam universiti itu.

Seperti kata pepatah, usaha tidak mengkhianati hasil, lelaki berusia 25 tahun itu akhirnya berjaya mendapatkan biasiswa selepas tiba di pusat pengajian Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir.

Meskipun tidak mampu untuk membayar kursus Pengajian Islam di Al-Azhar atau penerbangan ke Mesir, bapa kepada seorang anak itu berkata reputasi universiti itu mendorongnya untuk mengambil peluang dalam pengembaraan epik melalui enam negara iaitu Mali, Burkina Faso, Togo, Benin, Niger dan Chad.

Al-Azhar ialah salah sebuah pusat pengajian tinggi yang paling berpengaruh di dunia. Ia juga salah satu yang tertua, telah diasaskan pada tahun AD670.

BACA: Universiti Di AS Tawar Kursus Pengajian Psikologi Taylor Swift

Pernah ditahan tanpa sebab
Menceritakan kembali mengenai perjalanannya, Barry berkata beliau pernah mengalami situasi yang tidak dijangka semasa bertolak dari rumahnya untuk menuntut ilmu Islam di sana.

Beliau menghadapi kesukaran di beberapa buah negara yang dilaluinya.

Ketika berada di Mali, Burkina Faso dan Niger telah berlakunya serangan militan Islam terhadap orang awam selain rampasan kuasa menyebabkan ketidakstabilan politik.

β€œUntuk mengembara melalui negara-negara ini sangat sukar kerana mereka tidak mempunyai keselamatan pada masa ini.

β€œMereka mempunyai begitu banyak masalah dan orang di sana sangat takut. Di Mali dan Burkina Faso orang memandang saya seperti saya seorang yang jahat. Di serata tempat saya melihat tentera dengan senjata besar dan kereta mereka,” katanya.

Lebih memburukkan keadaan, Barry telah ditangkap dan ditahan tiga kali tanpa sebab yang kukuh manakala dua kali di Burkina Faso dan sekali di Togo.

Bagaimanapun, nasibnya berubah selepas sampai di Chad, di mana seorang wartawan menemu bualnya dan menyiarkan kisahnya dalam talian.

Perkara tersebut mendorong beberapa penduduk Samaria, yang terkesan dengan kisahnya membiayai penerbangan ke Mesir untuknya.

Ini bermakna beliau berjaya mengelak berbasikal melalui Sudan di mana sebahagian daripadanya kini merupakan zon perang.

Pada 5 September, Barry akhirnya tiba di Kaherah dan keazamannya menyebabkan beliau bertemu dengan dekan pengajian Islam, Dr Nahla Elseidy.

Selepas bercakap dengan Barry, Dr Elseidy menawarkannya tempat dalam kursus Pengajian Islam Al-Azhar, dengan biasiswa penuh.

Dekan itu berkata bahawa universiti tersebut berminat untuk menawarkan pengetahuannya kepada pelajar di seluruh dunia dan falsafah ini bukan sahaja meliputi pelajar antarabangsa di Mesir tetapi juga meluas ke luar negara.

β€œAl-Azhar menerima pelajar dari semua negara, menjaga mereka dan menawarkan mereka hibah,” ujarnya.

Barry berkata dia sangat gembira dengan tawaran itu dan menerima biasiswa tersebut.

β€œSaya tidak dapat memberitahu anda betapa gembiranya saya. Saya bersyukur kepada Tuhan,” katanya.

Kisah Barry telah disiarkan di media antarabangsa pada hujung September lepas dan kini kembali tular di media sosial.