Demi kekasih, gadis muda ini tidak takut kepada sarang harimau, lubuk buaya

Demi kekasih gadis muda ini tidak takut kepada sarang harimau lubuk buaya

Demi kekasih, gadis muda ini tidak takut kepada sarang harimau, lubuk buaya. Seorang wanita di Bangladesh sanggup merentasi sebuah kawasan hutan yang menjadi sarang harimau sebelum berenang di sebatang sungai didiami buaya selama sejam demi bertemu kekasihnya di India, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Krishna Mandal, 22, dilaporkan berkenalan dengan seorang lelaki India bernama Abhik menerusi laman Facebook dan mereka saling jatuh cinta.

Pasangan kekasih itu kemudian merancang untuk berkahwin, namun Krishna tidak memiliki pasport untuk memasuki India secara sah, lapor majalah India Today.

Kekurangan itu bagaimanapun tidak menghalang rancangan Krishna untuk mengahwini kekasih hatinya apabila dia membuat keputusan nekad mahu memasuki India secara haram.

Menurut sumber polis, gadis berkenaan merentas hutan paya Sundarbans yang merekodkan sebilangan beberapa kes kematian akibat serangan harimau.

Demi kekasih, gadis muda ini tidak takut kepada sarang harimau, lubuk buaya

Dia kemudian berenang selama sejam di Sungai Matla yang menjadi lubuk buaya.

Krishna bagaimanapun berjaya mengharungi semua ‘halangan’ tersebut dan pada 28 Mei lalu, dia mengahwini Abhik di bandar Kolkata.

Kisah keberanian gadis itu menjadi buah mulut penduduk daerah South 24 Parganas di Bengal sehingga menyebabkan dia ditahan polis dua hari selepas perkahwinannya berlangsung atas dakwaan memasuki India secara haram. – Agensi

BACA:

Agus Yusoff risau Malaysia akan jadi Sri Lanka 2.0

Harga terlalu mahal, ayam tak laku pula di pasar

Saya masih PM jika bukan sebab Anwar, dedah Tun Mahathir

CATEGORIES