Penduduk Pademangan Jakarta Utara dikejutkan dengan berita seorang datuk (54 tahun) ditahan unit PPA (Pelayanan Perempuan & Anak) Polres Metro Jakarta Utara atas kes pencabulan terhadap kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga meninggal dunia. Mangsa merupakan cucu tiri si pelaku.
Pada 5 April lalu, pihak Polres Metro Jakarta Utara mengatakan suspek mengaku bersalah mencabuli kanak-kanak malang tersebut sebanyak 8 kali sejak Febrari lalu.
“Sudah lapan kali melakukannya. Saya pakai tangan,” kata pelaku pada 5 April lalu, lapor Tribun Jakarta. Pelaku turut mendakwa dirinya seolah-olah dirasuki syaitan sehingga sanggup mencabuli cucunya sendiri hingga tewas.
Korban diancam bunuh jika dedahkan
Pelaku mula terdetik ingin mencabuli mangsa saat mengintai mangsa mandi di bilik air. Aktivitinya semakin mudah apabila si pelaku sering disuruh oleh isterinya untuk memandikan mangsa.
“Semua perbuatan pelaku dilakukan di dalam bilik air kerana pelaku sering melihat mangsa mandi. Kemudian, memandikan mangsa. Seterusnya mencabuli mangsa”. kata Kapolres Metro Jakarta Utara Kombes Pol Guruh Arif Darmawan.
Mangsa diugut bunuh jika mendedahkan perlakuan buruk pelaku ke ibu dan nenek mangsa.
“Ketika melakukan perbuatan tersebut, pelaku mengancam mangsa supaya perbuatan jijiknya tidak melaporkan kepada sesiapa. Jika mangsa mengadu kepada ibunya ataupun neneknya, nanti mereka berdua akan dibunuh,” lapor Kapolres lagi.
Mangsa meninggal kerana jangkitan
Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada 30 Mac 2021 setelah dibawa ke beberapa hospital. Pihak berkuasa memaklumkan mangsa meninggal kerana jangkitan pada alat sulitnya.
“Penyebab kematian mangsa adalah kerana jangkitan pada saluran vagina, saluran pundi kencing yang merembes ke ginjal. Kemudiannya duburnya juga terkena jangkitan” katanya lagi.
“Sehingga menyebabkan keluar nanah dan sebagainya. Mangsa meninggal kerana tidak dapat diselamatkan lagi” sambungnya.
Sebelum menghembuskan nafas terakhir, mangsa sempat dikejarkan ke Rumah Sakit Umum Pusat (RSUP) Persahabatan, Jakarta Timur.
“Pada 30 Mac jam 7.30 malam, pihak RSUP Persahabatan, iaitu Dr. Andrew, menghubungi Satreskrim Polres Metro Jakarta Utara dan melaporkan adanya kesan perbuatan jenayah atas diri mangsa,” jelas Kapolres itu lagi.
Keluarga mangsa pun membawa jenazah mangsa ke Hospital Polri Kramat Jati, Jakarta Timur untuk pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan, mendapati mangsa mengalami luka parah pada alat sulitnya seterusnya membongkarkan perbuatan terkutuk pelaku.
Pelaku ditahan atas dakwaan Pasal 82 UU RI Nomor 17 Tahun 2016 tentang Perubahan Kedua atas UU RI Nomor 23 Tahun 2002 tentang Perlindungan Anak dan Pasal 46 UU RI Nomor 23 Tahun 2004 tentang PKDRT.
Jika disabitkan kesalahan, pelaku berdepan dengan hukuman 15 tahun penjara.