“Dari sekecil hal semua keputusan rumahtangga aku, mertua masuk campur sampai aktiviti hujung minggu pun diatur mertua”

Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin sebab kongsi luahan saya. Nama saya Alya. Umur lewat 20an

Sudah berkahwin 3 tahun dan dikurniakan sepasang anak kembar yang kini telah berusia setahun. Suami saya bernama Soya (bukan nama sebenar).

Sepanjang 3 tahun ni, perkahwinan kami terasa sangat lama untuk saya t3mpuh. Semua gara – gara mertua dan juga suami.

"Dari sekecil hal semua keputusan rumahtangga aku, mertua masuk campur sampai aktiviti hujung minggu pun diatur mertua"

Semasa kami baru kahwin, kami menetap di rumah mertua di Ipoh. Masa itu tiada lagi plan untuk duduk sendiri. Sekadar ikut rentak hidup.

Beberapa hari selepas menetap dengan mertua, ayah mertua saya panggil saya untuk menegur saya. Dia meminta saya untuk bangun dan tidak tidur selepas Subuh.

Baca Artikel Penuh