Dapat temujanji vaksin tapi bila pergi PPV tutup, ini penjelasan Khairy

Oleh MHDAILY

Insiden di mana sesetengah orang mendapat temu janji vaksinasi pada hari minggu, ketika pusat pemberian vaksin (PPV) yang ditetapkan untuk mereka ditutup, berlaku kerana “kesilapan manual”, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

“Ini kerana kesilapan manual. Kami sedang siasat di mana, tetapi ada muat naik temu janji secara manual dan apabila itu berlaku, mereka tak tengok tarikh PPV dibuka.

“Apa-apa pun, ini akan selesai kerana kebanyakan PPV akan beroperasi tujuh hari seminggu tak lama lagi,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan Dr Adham Baba di Putrajaya hari ini.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung ada yang pergi ke PPV untuk menerima vaksin pada hari minggu dan mendapati pusat tersebut ditutup.

Dia bagaimapun tidak memberikan perincian lanjut berhubung bila ia akan dilaksana, serta PPV yang terlibat.

Khairy juga meminta mereka yang masih mendapat temu janji vaksinasi di PPV yang jauh daripada tempat tinggal, walaupun telah meletakkan alamat yang betul, untuk membuat makluman di aplikasi MySejahtera.

“Cara paling mudah untuk selesaikan hal ini adalah dengan menggunakan helpdesk interaktif di MySejahtera.

“Kita akan buat perubahan pada lokasi PPV. Ini penyelesaian paling pantas buat masa ini.

Saya tidak akan ambil vaksin Pfizer - Khairy Jamaluddin

“(Maka) sesiapa yang dapat temu janji di tampat lain, negeri lain (sila) buat permohonan menerusi helpdesk dan kita akan tetapkan temu janji baru di PPV terdekat secepat mungkin,” katanya lagi.

Masalah ini mula dibangkitkan pada akhir bulan lalu, di mana ada yang menerima temu janji vaksinasi di daerah atau negeri lain.

Pada 31 Mei lalu, Khairy berkata ia berlaku ekoran masalah berkaitan Google Maps API.

Menurutnya ketika itu, apabila orang memasukkan kawasan tempat tinggal mereka, Google Maps akan menyenaraikan semua lokasi dengan nama sama dan sesetengah pengguna mungkin memilih alamat pertama dalam senarai, walaupun ia adalah alamat yang salah.

Susulan itu, beberapa individu yang mengalami masalah tersebut menjelaskan mereka telah memasukkan poskod dan negeri yang betul.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/578883