Dapat suntikan Pfizer tapi kad janji temu Sinovac, wartawan tuntut KKM bayar RM250,000

suntikan

Dapat suntikan Pfizer tapi kad janji temu Sinovac, wartawan tuntut KKM bayar RM250,000.Seorang wartawan menuntut RM250,000 daripada Kementerian Kesihatan (KKM) susulan kekeliruan berkaitan jenis vaksin diterimanya.

Notis tuntutan guaman itu dihantar kepada seorang pegawai kesihatan yang dipercayai mengawal selia pemberian vaksin di daerah Hulu Langat Selangor.

Ravi Muniandy, yang berkhidmat dengan sebuah akhbar Tamil, menghantar notis tuntutan guaman itu melalui Tetuan M Manoharan & Co semalam.

Peguamnya M Manoharan ketika dihubungi Malaysiakini berkata lelaki 47 tahun itu memberikan masa 14 hari kepada KKM untuk memberikan ganti rugi am atau berdepan saman di mahkamah.

“Kesilapan pihak KKM menyebabkan anak guam saya mengalami tekanan dan kesakitan mental sehingga terpaksa mendapat nasihat pakar psikologi yang disarankan oleh pihak KKM.

suntikan

“Kini dia terpaksa mengambil vaksin jenis Pfizer dengan ragu-ragu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Manoharan (atas) berkata Ravi baru mengambil suntikan kedua pada hari ini, walaupun telah menerima suntikan pertama kira-kira dua bulan lalu (16 Jun).

Julai lalu, wartawan itu membuat laporan polis terhadap KKM selepas menerima kad janji temu Sinovac, selepas mendapat suntikan Pfizer.

Manoharan berkata anak guamnya tidak berani berbuat demikian kerana diberitahu ujian darah tidak dapat dibuat untuk menentukan jenis vaksin pertama diterimanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi doktor itu serta KKM berkaitan isu ini.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/590810

BACA: Panas !!! Adun Bersatu ‘sound’ MB Johor