Dana RM11 bilion untuk bangun 5G boleh guna lawan Covid-19 dulu, kata MP

Oleh MHDAILY

Dana RM11 bilion untuk bangun 5G boleh guna lawan Covid-19 dulu, kata MP. Sejumlah RM11 bilion yang akan diperuntukkan oleh kerajaan untuk melancarkan rangkaian 5G Malaysia lebih baik dibelanjakan untuk mengembangkan kapasiti kesihatan negara memandangkan krisis Covid-19 begitu teruk, kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Awal bulan ini, syarikat tujuan khas yang ditubuhkan untuk membina rangkaian 5G, Digital Nasional Berhad (DNB), mengumumkan pelantikan firma Sweden, Ericsson (Malaysia) Sdn Bhd, untuk membina dan mengurus rangkaian 5G ke arah pelancarannya lewat tahun ini.

Santiago berkata, ketika petugas barisan hadapan perubatan berdepan kesulitan dengan krisis yang semakin memburuk – ada yang terpaksa membuat keputusan pesakit kritikal mana mendapat rawatan dahulu berbanding yang lain – kerajaan harus bijak dan mengutamakan perbelanjaan kesihatan berbanding rangkaian telekomunikasi.

Baca Artikel Penuh