Dakwaan tak boleh move-on lagi dengan Norman, Abby akhirnya buka mulut

Dakwaan tak boleh move-on lagi dengan Norman, Abby akhirnya buka mulut. Rupanya ada segelintir peminat yang kurang senang melihat hubungan baik yang dikekalkan oleh pelakon Abby Abadi bersama bekas suaminya Norman Hakim. Biarpun sudah lama berpisah, keakraban mereka sudahpun terjalin sejak berpisah lagi, namun baru-baru ini ada netizen menuduh Abby seperti tidak boleh meneruskan hidup baru.

Anggap Norman dan Memey macam adik beradik

Menerusi beberapa video yang dimuat naik Abby di laman TikTok, dia berkongsi beberapa jawapan dan soalan netizen. Rata-rata soalannya berkaitan hubungannya dengan Norman dan Memey yang dilihat keterlaluan seperti didakwa netizen.

Abby dengan tenang menjawab dia sudah lama melupakannya dan menganggap Norman dan Memey ibarat adik beradik.

Baca Artikel Penuh