Dakwaan kahwin sebab harta, ini respon panas dari Ayda Jebat

Dakwaan kahwin sebab harta ini respon panas dari Ayda Jebat

Dakwaan kahwin sebab harta, ini respon panas dari Ayda Jebat. SUDAH namanya artis, apa sahaja dilakukan baik atau buruk pasti ada mata memerhati. Apatah lagi, dalam era media sosial, pantas sahaja jari mengkritik.

Mengakui itulah realiti kehidupan selebriti, pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat tidak pernah menyimpan di hati setiap kecaman serta kritikan negatif yang bertujuan menjatuhkannya. Dia kebalkan hati dan pekakkan telinga.

Namun, baru-baru ini, ada pula dakwaan nakal mengatakan dia berkahwin dengan pengacara, Nabil

Mahir hanya kerana harta. Tidak cukup itu, ada pula yang kurang senang melihat mereka sentiasa bersama.

Mereka dikatakan sengaja mempamerkan kemesraan untuk meraih perhatian umum. Jawablah! mengorek isi hati penyanyi Pencuri Hati ini. Betulkah semua dakwaan itu? Ayda, jawablah!

Dakwaan kahwin sebab harta ini respon panas dari Ayda Jebat

Boleh kongsikan perasaan melancarkan single baharu, Tak Bisa Lepas. Maklumlah, sudah lama tidak keluar lagu baharu.

Kalau tanya teruja, mestilah. Lagu ini saya tulis tiga tahun lalu, ketikasedang hangat bercinta. Lagu yang santai dan berbeza daripada lagu sebelum ini. Ramai juga terkejut, tetapi saya sudah ada lagu rancak, pasal putus cinta semua. Kali ini, bagilah peluang untuk romantis sikit.

Ramai memuji video muzik Tak Bisa Lepas. Sederhana tetapi ada nilainya. Berbeza dengan MV sebelum ini. Kenapa kali ini Ayda memilih MV santai?

Idea untuk video muzik ini datang daripada saya dan Nabil. Dia juga pengarahnya. Saya mahukan video muzik yang apabila peminat tengok, mereka rileks. Tidak stress. Malah, jalan ceritanya juga tentang kami.

Bagaimana perkenalan awal dan apa yang kami lalui sebelum bercinta. Sebahagian kecilnya kami jadikan jalan cerita.

Bila baca komen, ada juga yang cakap mereka suka tengok cara Ayda hargai suami. Komen sikit?

Dulu, mungkin kami berdua lebih sukakan privasi, terutama ketika bercinta. Apabila berkawan, saya lebih senang berahsia. Tetapi, apabila sudah berkahwin, apa yang positif, kami kongsikan. Apa yang baik dan boleh memberi inspirasi, kami kongsi.

Saya bersyukur dijodohkan dengan Nabil yang saling melengkapi. Caranya romantis, walaupun mungkin kecil pada mata orang lain, bagi saya, itu sudah mencukupi. Bab jaga anak, dia nombor satu. Alhamdulillah.

Ada yang cakap memang Ayda ‘tak bisa lepas’ suami ke? Memang selalu kena berkepit dalam setiap apa yang Ayda lakukan?

Tak baik cakap begitu. Dia suami saya. Takkan nak berkepit dengan lelaki lain pula? Lagu Tak Bisa Lepas itu pun dicipta untuk dia, mestilah kena ada dia. Takkan mahu letak orang lain. Selepas ini, ada banyak karya lagi dan mungkin nanti saya akan bekerjasama dengan pelakon lain pula.

Ada mulut jahat cakap,

Ayda berkepit sebab risau. Ada dakwaan kononnya pilih Nabil sebab harta?

Sesiapa yang mengenali saya, tahu betapa Ayda Jebat seorang yang bekerja keras. Dulu, saya tidak ada kehidupan kerana hari-hari bekerja. Sekarang, baru ada masa untuk menikmati rezeki berkeluarga. Kalau nak cakap saya kahwin sebab duit, sebelum ini saya sudah kumpul harta sendiri.

Ada rumah dan kereta yang dibeli guna duit sendiri. Biarpun sudah berumah tangga, sebagai wanita, kita kena ada duit sendiri. Saya tidak pernah meminta apa-apa. Saya dapatkan sendiri.

Ayda kecil hati tak bila ada cakap macam itu? Belum kahwin dikritik, sudah kahwin berkepit pun salah?

Tidaklah, saya sudah melalui pelbagai kontroversi. Biarlah saya menjalani kebahagiaan ini tanpa terikat dengan kecaman. Alhamdulillah, Tuhan sudah beri yang terbaik untuk kami.

Bila Ayda akan kembali ke set penggambaran?

Saya sendiri sudah rindu untuk masuk set. Tetapi, mungkin selepas anak, Ana Nayla berusia setahun, saya akan perlahan-lahan menerima tawaran. Bila saya sudah ada keyakinan lepaskan’ dia untuk orang lain jaga. Saya idamkan naskhah berbeza. Watak yang tidak pernah saya bawa dan boleh mencerminkan

kematangan Ayda Jebat dalam industri seni. Kita tunggu dan lihat nanti

BACA:

Fitnah di facebook, Ismail Sabri saman Lokman Adam

Resipi guna rempah ini buat Nasi Beriani ekspres, budak-budak pun boleh buat

Raja Charles warisi kekayaan RM1.9 Billion Ratu Elizabeth II

CATEGORIES