Dakwaan diselamatkan helikopter, ini penjelasan menantu PM

Tular di media sosial apabila seorang wanita mengecam tindakan Jovian Mandagie – menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri – yang menaiki helikopter. “Sebab kau menantu Pm boleh diselamatkan naik heli, siap tayang kat ig,” kata wanita tersebut di akaun peribadi miliknya.

Dakwaan diselamatkan helikopter, ini penjelasan menantu PM

Ciapan yang dimuat naik semalam telah mendapat lebih 11,000 tanda suka dan lebih 16,000 reaksi dari rakyat Malaysia di Twitter. Kebanyakan daripada mereka mengecam tindakan Jovian.

Terbaharu, Jovian tampil menjawab dakwaan wanita tersebut di laman Instagram miliknya. Dalam hantaran terbaharu, Jovian menafikan dakwaan wanita terbabit dan mendakwa bahawa dia bukannya mahu menunjuk.

“Isu helikopter, tak perlu diperpanjang. Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk saya dah posing dan buat video OOTD sakan. Those who know me, you know I am nothing like that,” katanya di akaun Instagram miliknya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Jovian Mandagie (@jmandagie)

Selain itu, Jovian turut menafikan dakwaan bahawa dia menggunakan aset kerajaan sambil menyatakan, “Lillahitaala tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya.”

Difahamkan bahawa helikopter yang digunakan oleh Jovian tersebut adalah jenis komersial dan tidak sesuai digunakan untuk mengangkut mangsa banjir.

Bagaimanapun, wanita terbabit berkata dia hanya mahu menegur cara Jovian itu tidak kena pada masa. Katanya, semasa mangsa banjir tersekat di rumah, Jovian tidak sepatutnya menayang video yang dia sedang menaiki helikopter.

BACA JUGA : Mangsa banjir terperangkap atas bumbung, menantu PM diselamatkan dengan helikopter
Jika ‘timing’ pilihanraya betul, MCA yang kosong kerusi pun dapat menang 2 kerusi – Zahid