Dakwaan anak disuntik ‘angin’, Khairy akhirnya bersuara

Dakwaan anak disuntik ‘angin’, Khairy akhirnya bersuara. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini menyifatkan jururawat yang menyuntik vaksin COVID-19 kepada anak bongsu, Raif, sebagai profesional.

Kenyataan itu menyusul selepas jururawat berkenaan menyangkal dakwaan bahawa dia membuang cecair vaksin sebelum menyuntik anak Khairy.

Dakwaan anak disuntik 'angin', Khairy akhirnya bersuara

“Saya sahkan jururawat yang menyuntik anak saya sangat profesional dan baik.

“Taktik tidak menunjukkan jarum sangat berkesan dan membantu menenangkan anak saya,” katanya dalam kemas kini tersebut pada Rabu.

Raif, 6, menerima vaksinasi dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) pada 13 Februari lalu menerusi Program Imuninasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).

Bagaimanapun, pihak tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan kekecohan dengan mendakwa jururawat terbabit membuang cecair vaksin sebelum menyuntik kanak-kanak itu.

Menerusi video yang dirakam sendiri oleh Khairy, Raif dilihat tenang menerima suntikan vaksin sambil tangannya dipegang ibunya, Nori Abdullah.

Sehubungan itu, Khairy berharap semua doktor dan jururawat yang terlibat PICKids dilindungi daripada fitnah pihak tidak bertanggungjawab.

Berita Lain:

Selamba pegang tangan Fazley, Mawar Rashid dikecam netizen
Bukankah lebih elok 14 Februari jadi hari mengenang syahidnya Leftenan Adnan
1TB data berjarak 1 KM berjaya ditransfer secara wireless dalam tempoh 1 saat