Dakwa gaji RM2,800 boleh beli X50, pembantu jualan ini dikecam. Biasanya sebelum membeli kereta idaman, mesti ramai yang akan menyemak dahulu kemampuan dan komitmen bulanan untuk mencari jenis kereta yang sesuai untuk dibeli. Yang utamanya, harga kereta yang dibeli itu juga perlulah berada dalam kumpulan harga yang sesuai dengan gaji bulanan.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila perkongsian dari seorang pembantu jualan ini yang mendakwa kereta Proton X50 boleh dibeli mereka yang bergaji RM2800. Namun ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pembantu jualan tersebut.
Berdasarkan video yang dimuatnaik oleh pembantu jualan itu, dia mendakwa mereka yang bergaji RM2800 boleh membeli Proton X50. Macam yang semua tahu, kereta Proton X50 bukan calang-calang harganya ditambah pula dengan kos penyelenggaraan dan sebagainya.
Menurut pemilik Twitter ini juga, dia turut meluahkan kerisauannya dengan kenyataan itu kerana bayaran bulanan bagi kereta tersebut adalah kira-kira RM838.20. Kenyataan dari pembantu jualan itu boleh membuatkan mereka yang bergaji rendah tergugat untuk membelinya.
Malah kebanyakan netizen juga bersetuju ianya tidak sesuai untuk dimiliki oleh mereka dengan gaji tersebut dan boleh menyebabkan mereka terseksa untuk membayarnya. Dalam masa yang sama, netizen turut menasihatkan orang ramai untuk membeli kereta mengikut kemampuan masing-masing.
“Gaji bersih 2800 takde komitmen apa apa at all boleh lah. Ingat anak muda, lagi besar periuk lagi banyak keraknya ye.”
“Gaji 3.5k pun nak bayar axia sebulan 400 rasa sesak.”
“Pengalaman saya, janganlah beli kereta yang bulanannya lebih RM700…”
BACA:
Agus Yusoff risau Malaysia akan jadi Sri Lanka 2.0