Dakwa dah sombong bila terkenal, ini respon Ryan Bakery

Oleh MHDAILY

Dakwa dah sombong bila terkenal, ini respon Ryan Bakery. Sebut sahaja nama Ryan Bakery tentu ramai yang mengenali TikToker terkenal ini. Ryan Bakery bagaimanapun selepas dikenali ramai ini akui merasa gembira apabila ada yang menegur dan juga mengajaknya bergambar. Satu kejayaan besar buat Ryan Bakery apabila peminat dirinya kini tidak sahaja menantikan content dihasilkan di TikTok malah kemunculannya di rancangan yang ditayangkan menerusi kaca televisyen juga membuatkan ramai senang.

Meskipun begitu, Ryan Bakery juga tidak dapat lari daripada terpalit kontroversi apabila baru-baru ini juga dia didakwa sombong dan sukar dihubungi.

Selain dikenali, dia juga perlu menghadapi cabaran sedemikian dan dia menerusi satu temu bual akhirnya menjawab dakwaan sombong apabila Ryan Bakery dalam satu muat naik ini, dia turut menjawab segala persoalan negatif terhadap dirinya.

Dakwa dah sombong bila terkenal, ini respon Ryan Bakery

Ryan Bakery juga menceritakan kisah hidupnya selepas dikenali ramai yang mana ia satu perubahan yang besar namun dinilai sedemikian membuatkan dia menafikan dakwaan negatif tersebut. Dia juga mengatakan dia kini mempunyai manager baru jadi jadualnya juga sudah teratur.

Perkongsian mstarmalaysia tersebut juga menunjukkan Ryan Bakery berkata dia masih sama sahaja dan akui manusia biasa. Dalam pada itu, netizen juga tertarik dengan cara bercakap Ryan Bakery yang dilihat ada isi seperti sudah lama dalam industri ini.

Dia dah femes pun tak sombong

@mstarmalaysia Ryan Bakery jawab dakwaan sombong dan sukar dihubungi sebelum ni. #mstaronlineofficial #beritatiktok #ryanbakery ♬ original sound – mStar Official

BACA:

Peminat anggap Hawa hanya klon Neelofa, – “tak perlu kot tiru orang lain”

Rafizi beri amaran kepada Azam Baki, “tunggu kami menang”

Netizen jatuh hati tengok muka Didie Alias masa muda, cantik sangat ni!