Dai Syed dikecam menari semasa majlis kahwin

Dai Syed dikecam menari semasa majlis kahwin. Pasangan selebriti, pendakwah bebas Da’i Syed, dan pengacara, Hana Ismail telah selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur, kelmarin.

Difahamkan juga, pasangan tersebut telah meraikan majlis resepsi mereka pada malam hari yang sama di Magica Hall, Monterez Club Shah Alam.

Namun begitu, disebalik kemeriahan majlis perkahwinan yang diraikan, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @Xtra di laman TikToknya, ada segelintir individu yang kurang senang dengan tindakan Da’i Syed menari sebuah tarian Marawis yang dipercayai tradisi bagi keturunan Arab.

@xtra_my Sportinglah pengantin lelaki menari tarian marawis 😍 #fyp #xtramy #daiesyed #menari #marawis #walimatulurus #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Dalam video terbabit, kelihatan pendakwah bebas yang berusia 27 tahun itu sedang menari tarian Marawis bersama beberapa orang individu di hadapan pemain muzik sambil ditonton oleh tetamu yang hadir pada ketika itu.

Netizen tak faham budaya Arab?

Bagaimanapun, tarian Da’i Syed itu telah menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen yang menyifatkan pendakwah tersebut leka dengan hiburan pada hari bahagianya.

Ini tarian tradisi orang Arab la

Tidak mahu kritikan dan kecaman terus dilemparkan oleh segelintir individu di media sosial, rata-rata netizen tampil menerangkan tujuan sebenar Da’i Syed yang mendedahkan tarian Marawis adalah tradisi bagi keturunan Arab iaitu Syed dan Syarifah.

Bukan itu sahaja, netizen turut meminta agar orang ramai selidik terlebih dahulu sebelum memberi kata-kata yang negatif kepada pihak lain yang boleh menimbulkan fitnah dan kemarahan orang ramai.

BACA:

Chombi tumbang ketika nak buat persembahan, kelam kabut Harry Khalifah

Kecoh satu dewan tengok Maya Karin kena serang panic attack

Suami buat ‘treasure hunt’ letak duit merata tempat sempena hari lahir isteri

CATEGORIES