Dah usia 111 tahun tapi masih gagah berpuasa, warga emas ini jadi perhatian

Dah usia 111 tahun tapi masih gagah berpuasa, warga emas ini jadi perhatian.Walaupun dalam keadaan usianya yang sudah lanjut dan sedikit uzur, tetapi bekas homeguard, Mat Ariffin Mat Deris, yang kini berusia 111 tahun tidak berdepan masalah untuk berpuasa pada bulan Ramadan ini dan solat di rumah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mat Ariffin yang kini tinggal di Tanjung Buluh, Kerambit di sini menjelaskan walaupun tubuh badannya sedikit uzur sejak awal tahun ini, tetapi dia boleh lagi berpuasa sehingga waktu berbuka dan menikmati juadah bersama keluarga tercinta.

“Sejak dari usia muda Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik dan sehinggalah selepas bersara daripada homeguard pada 1959 dan kini mencecah usia lebih satu abad saya boleh melakukan amal ibadah seperti berpuasa cukup sebulan.

“Walaupun badan sudah terasa uzur, kerap letih dan kurang pendengaran sejak akhir ini, tetapi tidak mengganggu saya berpuasa dan masih boleh bergerak dalam rumah mengambil wuduk dan solat,” katanya di Kampung Tanjung Buluh di sini semalam.

Dah usia 111 tahun tapi masih gagah berpuasa, warga emas ini jadi perhatian | MH Daily

Dah usia 111 tahun tapi masih gagah berpuasa, warga emas ini jadi perhatian

Mat Ariffin yang berasal daripada Kampung Kuin Merah, Rantau Panjang kini tinggal bersama anaknya, Mat Nawi di kampung tersebut merupakan seorang bekas homeguard dan Special Constable yang berjuang menentang ancaman Komunis di kawasan Pasir Mas, Kelantan antara 1948 hingga 1959.

Warga emas yang mempunyai dua isteri, 13 anak berusia 42 hingga 72 tahun dan 40 orang cucu itu berkata, sejak usia muda ketika menyertai pasukan homeguard dan membuat kerja kampung menyebabkan badannya lasak dan tidak pernah terkena jangkitan penyakit.

“Mungkin sebab badan saya lasak dan menjaga pemakanan antara punca kesihatan yang baik sehingga usia lebih satu abad dan kelebihan ini membolehkan saya berpuasa di bulan Ramadan dan meneruskan amalan ibadah lain selagi termampu dengan izin Allah SWT,” katanya.

Mat Ariffin yang berhijrah ke Kampung Tanjung Buluh pada awal 1970-an berkata, dia tidak mengamalkan minuman ais dan manis sejak dari usia muda malah cuma minum air kosong ketika berbuka puasa dan selepas menjamah juadah.

“Perkara ini saya amalkan sejak usia muda dan cuma minum air kopi atau teh ‘O’ sekali sahaja sehari dan selebihnya banyak minum air kosong,” katanya.

Bercerita tentang makanan pula, Mat Ariffin berkata, dia gemar makan ulam-ulaman, masakan sayur-sayuran, budu dan sekali-sekala mengambil makanan berasaskan daging dan ayam sejak usia muda.

Menurutnya, lantaran kemiskinan keluarga sejak berusia kanak-kanak sememangnya tidak mampu menyediakan makanan yang sedap-sedap dan cuma sinonim dengan sayur-sayuran yang ditanam, ikan sungai dan budu yang mudah diperoleh menjadi juadah harian mereka.

“Sehingga usia ini saya masih suka makan ulam-ulaman, ikan dan masakan sayur-sayuran sewaku berbuka puasa termasuk biskut kering,” katanya.

Jelasnya, sebagai orang Islam, dia tetap meneruskan tanggungjawab Rukun Islam yang ketiga itu di samping ibadah yang lain selagi kesihatannya mengizinkan dalam usia yang sudah lanjut.
TONTON :

BACA:

Isu subsidi petrol sedang hangat diperdebat, harga minyak naik dalam masa terdekat?

Iman Troye dah pandai tayang wajah teman lelaki?

CATEGORIES