Dah tak guna plastik hitam, ini taktik baharu kaki ponteng puasa

Oleh MHDAILY

Dah tak guna plastik hitam, ini taktik baharu kaki ponteng puasa. Plastik hitam yang sinonim digunakan kaki ponteng puasa untuk membungkus makanan tidak lagi menjadi pilihan golongan berkenaan.

Sebaliknya, mereka kini memilih plastik berwarna lain bagi membungkus makanan dibeli.

Perkara itu didedahkan Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Muhammad Suhaimi Salleh hasil operasi yang dilakukan pihaknya di lima lokasi sekitar daerah ini.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Dalam serbuan bermula kira-kira jam 9 pagi tadi, pelbagai gelagat dapat dilihat malah di salah satu daripada lima lokasi serbuan, geng kaki ponteng puasa yang sedang beratur membeli nasi bungkus bertempiaran lari sebaik melihat kenderaan pihak berkuasa tiba di kawasan itu.

Muhammad Suhaimi berkata, premis itu dipercayai dijadikan tempat memasak pemilik sebuah kedai makan malah menjadi tempat kumpulan itu membeli juadah tengah hari siap dengan pakej minuman.

Mengulas lanjut, katanya, operasi hari ini tertumpu di lima lokasi iaitu di Taman Rasa Sayang, Taman Suria, Kampung Kubang Betong, Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam dan Pekan Jitra.

“Di sebuah kedai makan di Bukit Kayu Hitam, banyak lauk dan nasi sudah tinggal separuh kerana biasanya kaki ponteng puasa akan datang bungkus secara pandu lalu untuk mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, dalam operasi berasingan di sebuah kedai runcit di Taman Suria, di sini, pihaknya turut menemukan timbunan bungkusan nasi yang diletak di bawah rak roti.

Katanya, peniaga kedai runcit berusia 60-an itu mendakwa ada orang menghantar bungkusan nasi berlaukkan sambal ayam itu untuk dijual dengan harga RM5 sebungkus selain 20 bungkus air sirap dalam peti sejuk.

“Peniaga kedai runcit itu mendakwa, pelanggan akan memilih plastik bungkusan berwarna lain untuk membungkus nasi dan air. Mereka (geng ponteng puasa) tidak lagi memilih plastik hitam sebagai pilihan,” katanya.

Muhammad Suhaimi berkata, pihaknya mendapati ramai peniaga yang masih degil dan tidak serik apabila sanggup membuka perniagaan menjual makanan kepada kaki ponteng puasa seawal jam 8 pagi.

Katanya, pihaknya mengeluarkan satu notis perintah hadir kepada peniaga dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 14(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

Tambahnya, pihak Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) turut mengeluarkan satu kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja dan Gerai 2010 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.

TONTON :

BACA:

Senarai jawatan kosong MARA khas untuk rakyat Malaysia, mohon sekarang

Tukar duit raya di ATM je sekarang, tak perlu lagi beratur panjang di bank

Sokongan ketua parti bentuk kerajaan, Anwar dedah bukti surat sokongan