“I spent all of the love I’ve saved, We were always a losing game”, All i know, loving you is a losing game – Duncan lawrance.
Mesti pernah dengar lagu ni kan? Kat tikt0k kan selalu ada lagu ni..
Tapi tulah yang aku rasakan sekarang ni. M4kin sayang m4kin penat dengan rumah tangga ni..
Meh aku perkenalkan diri aku, nama aku Momo 33 tahun, suami aku aku namakan dia Z umur pulak muda dari aku iaitu 29 tahun.
Masuk tahun ni, tahun ke 5 perkahwinan aku. Zuriat? Belum. Takde rezeki lagi maybe takde kot. Entah lah..
Kenapa aku letak tajuk loving you is a losing game sebab aku dah hilang spark dalam rumah tangga aku. Aku letih.. Jom aku cerita kenapa aku letih dengan rumah tangga aku.
Aku berkenalan dengan dia dalam muka buku dan tak lama lepas tu aku berkahwin dengannya, perkenalan yang tak berapa panjang membuatkan aku rasa tenang je sebab dia takda redflag masa tu and nampak dia sangat matang apabila berkata – kata dan sentiasa menjaga hati.
Sebelum dia berkenalan dengan aku, dia ada memberitahu yang dia putus dengan girlfriend dia sebab wanita itu taknak berumah tangga sebab tr4uma dengan masa lalu.
So aku pon menceritakan keadaan aku dengan dia yang aku bukan perempuan yang sihat sebab aku ada di4betis.
Dia pon okay je dengan aku walaupon aku s4kit dan selepas tu ada la Q&A tentang perkahwinan semua tu tapi satu je dia minta aku supaya aku berhenti kerja dan mengikut dia ke tempat dia. So aku bersetuju dan bernikah.
Lepas berapa bulan pernikahan kami baru aku nampak redflag dia. Dia layan aku kasar, mengarah aku macam orang gaji. Pada mula aku ta kisah sangat sebab tanggungjawab aku sebagai isteri tapi m4kin lama m4kin melampau bilamana makan nak dihidang, diletakkan air basuh tangan di meja cuma tak suap je.
Segala keperluan dia aku buat malah seluar dalam pon dia nak aku gosok. Kalau aku terlupa dia akan marah aku dan berkata dok rumah bukan buat apa pon! Benda yang simple pon tak boleh buat! Permulaannya aku selalu mintak maaf sebab aku ni pelupa dan aku fikir ini salah aku.
Bukan setakat itu saja, dia pernah naik tangan dekat aku, pukuI aku, cubit aku sampai Iebam. S4kit tau! Tapi aku sabar je. Lama jugak perkara ini berlaku sehingga setahun. Depan mak ayah aku pula dia akan tunjuk yang dia baik, caring dekat aku padahal dekat rumah aku ja yang tahu macam mana rasa duduk dengan dia.
Suatu hari tu, aku tertido dekat bilik lupa bukak pintu bila dia balik, dia terus masuk bilik naik atas katil dan pukuI aku tapi aku baIas balik sebab tak tahan. Aku sep4k dia sampai dia jatuh katil dan lari ke bilik sebeIah.
Masa tu aku dah tak bole fikir apa dah sebab takut aku terus call family aku untuk ambil aku pulang ke rumah. Ibu dan ayah aku datang dan ayah aku Iempang muka dia dan bawak balik. Family aku call mak ayah dia dan bagitahu semua yang dia buat dekat aku dan minta untuk suami aku ceraikan aku.
Suami aku pula datang ke rumah aku dan merayu untuk bersama dengan aku balik tapi family aku tak bagi. Mak aku menangis sebab tengok kesan Iebam dekat muka aku dan badan aku, aku masa tu takda apa – apa reaksi sebab aku rasa kosong masa tu.
Suami aku call aku selepas 4 hari aku tinggal di rumah keluarga aku dan mintak aku untuk kembali pada dia. Aku cuma diam. Malam itu abah aku pula datang tanya aku tentang cerai dan aku cakap aku akan bagitahu kemudian.
Aku solat taubat dan istikarah setiap malam untuk penceraian itu dan suatu malam tu aku bermimpi aku berpegangan tangan dengan seorang lelaki dan lelaki itu adalah suami aku. Esoknya aku memberitahu abah aku tentang mimpi aku dan abah aku beritahu jodoh kau dengan dia masih panjang dan minta aku untuk fikir masak – masak sebelum memberi jawapan.
Aku call suami aku dan beritahu dia aku bagi dia peluang terakhir andai dia pukuI aku, aku akan minta cerai dan dia wajib beri dan dia setuju. Aku kembali ke rumah dan sekarang perasaan cinta terhadap suami aku dah takda seperti dulu aku sangat sayangkan dia.
Sekarang dia tidak lagi naik tangan dekat aku walaupon dia menyatakan yang dia cintakan aku sekali pon aku hanya mampu berpura – pura. Macam lagu tu juga aku ingin pergi dari hidup dia tapi aku kesiankan dia yang sedaya upaya men4gih cinta dari aku.
Baru – baru ni aku pergi hospitaI untuk check up dan doktor tu kata aku ni dalam keadaan str3ss yang teramat sebab kondisi kesihatan aku m4kin merosot dan tiada peningkatan. Doktor suruh aku refer ke psiki4tari tapi aku tak pergi pon. Jujur aku cakap aku rasa kosong dengan dia.
Aku pernah cakap kat dia kalau kita tiada anak dan you nak anak you ceraikan i pon takpa. Dia cakap dia tak perIukan anak kalau dia terp4ksa tinggalkan aku. Sejujurnya kalau wanita lain mungkin akan terharu tetapi aku tidak.
Sekarang sebulan aku kat kampung mak aku, aku rasa tenang je tanpa dia, aku tak text dia, tak call walaupun dia text aku pon aku ta baIas sampaikan dia call mak aku untuk tanya khabar aku. Aku sampai rasa menyesal aku bagi cinta, sayang dekat dia sampaikan aku rasa aku layan kasar dengan dia walaupun dia buat salah tu kecil je.
Malah berhubungan badan pon aku takde rasa cinta. I spent all of the love i’ve saved. Mungkin aku dah tak ada cinta untuk aku berikan dekat dia. Dan maybe aku patut cerai saja dengan dia? – Momoi (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Noor Ina : Orang lelaki ni JANGAN dibiasakan naik tangan kat badan kita. Once dia dah buat, lain kali dia akan buat lagi dan lagi kerana itu adalah cara mereka melepas kemarahan. Kalau jiwa dah kosong dan tak ada cinta, berpisah aje. Jangan dip4ksa diri nanti jiwa dan badan merana. Mental health kena jaga kerana ia ibarat enjin besar dalam badan.
Fairuz Yasmin Ramli : Cerai adalah jalan terbaik. Awak terlalu tr4uma dengan perbuatan dia, mungkin sebab awak dah berharap tinggi pada dia masa awal perkahwinan. Beri peluang pada diri awak untuk bahagia sendirian dahulu. Moga dimudahkan urusan Aminnnn YRA..
BACA: Nekad keluar dari kehidupan gelandangan, lelaki ini raih pendapatan lumayan jadi peladang