“Dah 10 tahun masih tak serik” -TMJ

“Dah 10 tahun masih tak serik” -TMJ

“Dah 10 tahun masih tak serik” -TMJ. KETIKA skuad Harimau Malaya masih segar dengan kemenangan 4-0 ke atas Kemboja pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Rabu lalu, kualiti gelanggang keramat itu menarik perhatian Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu beranggapan tiada maknanya kejayaan tersebut jika keadaan permukaan padang di SNBJ masih di takuk lama dengan menggunakan rumput jenis ‘cow grass’.

“Lumrah bola sepak tanah air, 10 tahun masih tak serik. 10 tahun masih cakap lebih, tetapi masih cow grass,” tulisnya di ruangan komen Instagram rasmi kelab, officialjohor.

Komen Tunku Ismail di laman sosial mengenai lumrah bola sepak tempatan. Foto Instagram rasmi kelab, officialjohor.

SNBJ terus menghadirkan igauan buat pasukan lawan yang sukar untuk menundukkan pasukan negara setiap kali beraksi di kandang Harimau Malaya itu.

"Dah 10 tahun masih tak serik" -TMJ

Paling diingati ialah ketika anak buah Kim Pan-gon menamatkan badi 42 tahun untuk layak ke Piala Asia selepas muncul lima naib juara terbaik di pusingan kelayakan di SNBJ pada Jun lalu.

Tunku Ismail turut meninggalkan komen di Instagram itu yang memberi bayangan bahawa masih banyak pihak atau kelab di Malaysia yang belum berubah ke tahap lebih baik.

Tetapi hanya segelintir yang bermain bunga api setiap tahun. Hanya segelintir yang mempunyai stadium yang canggih dan hanya segelintir yang berjaya dengan pelbagai kejayaan,” tulis Tunku Ismail lagi.

Komen itu dibuat selepas laman Instagram kelab itu memuat naik senarai jumlah trofi yang dimenangi JDT sejak 2013.

JDT sudah memenangi semua trofi saingan domestik dan tahun ini menjadi pencapaian paling cemerlang dikecapi Harimau Selatan apabila menyapu bersih semua empat kejuaraan.

Anak buah Hector Bidoglio melengkapkan trofi keempat mereka musim ini selepas merangkul kejuaraan Piala Malaysia dengan menewaskan Selangor 2-1 di final, 26 November lalu.

BACA:

Filem animasi Mechamato kutip RM5 Juta dalam masa 3 hari sahaja

Ketua Pejuang Muda Malaysia letak jawatan selepas dibaham tanah PRU-15

‘Prank’ campak kek ke muka pengunjung undang kecaman orang ramai

CATEGORIES