Dafi tak kisah jadi tempat rakyat lepas rasa marah

Dafi

Dafi tak kisah jadi tempat rakyat lepas rasa marah.Seperti 32.7 juta rakyat Malaysia, besar harapan anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Dafi agar bapanya itu melakukan terbaik selepas diberi mandat jawatan nombor satu negara.

Dafi atau nama sebenarnya, Gadaffi Ismail Sabri, 33, berkata, sebagai anak kepada seorang Perdana Menteri, dia tidak mahu melihat rakyat berada dalam keadaan stres atau tertekan.

Ujarnya, dia lebih rela orang ramai menyalurkan rasa kemarahan mereka terhadap dirinya andai tidak berpuas hati dengan kepimpinan bapa tersayang.

“Masa bapa jadi Timbalan Perdana Menteri pun, orang sudah mula salurkan kemarahan kepada saya. Tidak mengapa, saya tak kisah pun dan sudah biasa dengan semua itu.

“Saya diamkan sahaja. Kalau mereka (rakyat) rasa dengan menyalurkan rasa marah dan kecewa mereka kepada saya boleh buat perasaan itu hilang, silakan. Saya cuma tak nak orang stres sahaja.

“Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Begitulah sebab saya tak boleh halang apa orang nak buat dan saya mahu semua orang kekal positif,” katanya ketika dihubungi .

Dafi

Ujar pelantun lagu Bila Terasa Rindu itu lagi, dia sebenarnya berasa sangat beruntung kerana terdapat seseorang yang memberi teladan yang baik di depan mata dan orang itu adalah bapanya.

“Tiada apa yang berubah. Dia sentiasa seorang bapa yang baik. Saya beruntung kepada saya ada contoh di depan mata yang boleh beri saya bukti bahawa kalau kita kerja keras dan buat benda yang kita suka dengan baik dan tidak berputus -asa, Insya Allah ada hasilnya.

“Tanggungjawabnya memang berat. Harapan saya sama sahaja dengan semua rakyat negara ini iaitu nak beliau buat yang terbaik supaya rakyat semua bahagia. Saya doakan yang berbaik dan sokong dari belakang,” kata Dafi yang merupakan bekas peserta program realiti popular, Akademi Fantasia (AF) musim ke-5.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan negara.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/28/dafi-tak-mahu-rakyat-stres-rela-dimarahi/

BACA: Terkini !!! Lembah Klang boleh beralih ke fasa 2 PPN – PM

Artikel ini disiarkan pada 30/08/2021