Curi susu formula bayi, lelaki ditahan polis di kediamannya

Oleh MHDAILY

Seorang lelaki ditahan kerana mencuri tiga tin susu formula kanak-kanak di sebuah premis perniagaan di Miri Times Square di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri di Taman Desa Senadin pada 8 malam, susulan laporan polis dibuat wakil peniaga.

“Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 2 petang (hari penahanan) dan kelakuan suspek turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Curi susu formula bayi, lelaki ditahan polis di kediamannya

SUSPEK (tengah) ditahan polis malam tadi kerana mencuri tiga tin susu formula kanak-kanak.

“Suspek dilihat berjalan memasuki premis dan terus ke sudut yang menempatkan susu, sebelum meninggalkan premis dalam keadaan tergesa-gesa dan beredar dengan kereta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Hakemal, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai anak masih bayi disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Katanya, susu dicuri bernilai RM294.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/753934/lelaki-ditahan-curi-susu-formula-kanak-kanak

BACA JUGA : Terkini !!! Disahkan positif Covid-19, Baru Bian tak hadir sidang parlimen esok