Cungkil mata anak setelah dengar bisikan suara ghaib.Akibat mengamalkan kepercayaan ilmu hitam, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun menjadi mangsa kekejaman keluarga sendiri di sebuah rumah di Malino, Gowa.
Lapor Kompas.com, bapa saudara mangsa, Bayu, 34, berkata, dia terdengar mangsa menangis ketika pulang dari tanah perkuburan dan duduk di depan rumah mangsa.
Katanya, dia terkejut apabila mendapati mata kanan mangsa dicungkil oleh ibu dan bapanya, sementara, abang dan neneknya memegang tangan serta kaki mangsa.
“Tiba-tiba, saya terdengar teriakan anak kecil menangis dan terus masuk ke dalam rumah.
“Saya terus menyelamatkan mangsa ketika melihat kejadian tersebut,” katanya.
Menurut Bayu, ibu mangsa kerap terdengar bisikan ghaib dan sering melakukan ritual aneh pada malam tertentu di rumah tersebut.
“Di rumah itu memang mereka sering mengamalkan ritual aneh seperti ilmu hitam dan kerap berhalusinasi,” jelasnya.
Pihak polis mengesahkan kejadian tersebut dan berjaya menahan lima suspek dan dua daripadanya menjalani pemeriksaan di Rumah Sakit Jiwa Dadi Makassar.
Katanya, kejadian tersebut merupakan keganasan dalam rumah tangga terhadap anak di bawah umur.
Berita Penuh : https://utusan.news/luar-negara/2021/09/mata-budak-dicungkil-selepas-dengar-suara-ghaib/