Culas bayar nafkah anak? Harta bekas suami akan disita.
Penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah (hak jagaan anak) dan nafkah dijangka beroperasi pada Mei ini,
Akta ini akan diberi kuasa sita harta lelaki yang culas bayar nafkah kepada bekas isteri. Bahasa mudahnya suami harta disita bayar nafkah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mujahid Yusof berkata kuasa undang-undang itu adalah antara perkara terkandung dalam Kertas Kabinet yang dijadual dibentangkan kepada jemaah menteri bulan depan.
“Kertas Kabinet ini antara lain akan memberi kuasa undang-undang kepada mahkamah khas syariah ini menyita harta lelaki yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri.”
harta disita tidak bayar nafkah
Menurut beliau, setakat ini proses pengoperasian mahkamah berada pada peringkat akhir bagi mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berhubung pentadbirannya, sebelum ia dibentangkan di mesyuarat Kabinet.
Beliau menambah, kementerian komited menubuhkan mahkamah ini kerana hampir semua lelaki tidak mematuhi perintah mahkamah membayar nafkah kepada bekas isteri. Ini menjadi punca mereka memperjuangkan agar suami harta disita bayar nafkah.
Inisiatif penubuhan mahkamah khas itu dirancang bagi mempercepatkan penyelesaian masalah perkahwinan dan perceraian difailkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, selain membantu mengurangkan kes isteri tergantung tidak bertali.
Perbuatan ini sesugguhnya sangat merugikan bagi pihak perempuan. Suami harta disita bayar nafkah adalah salah satu inisiatif yang patut dilaksanakan bagi membantu bekas isteri meneruskan kelangsungan hidup. Bukan untuk dirinya sendiri, malahan untuk anak-anak yang di bawah tanggungannya.
Terdapat satu kisah yang serupa dengan isu ini. Pasangan suami isteri berkenaan, Md Jali dan Fatimah Marali yang kehilangan anak lelaki mereka akibat kemalangan jalan raya pada 26 Oktober 2013.
Walaupun boleh dikira sebagai ‘rezeki terpijak’ oleh sesetengah orang, mereka menolak semua bahagian harta dan wang tunai yang dianggarkan sekitar RM300,000.
Menyerahkan kesemuanya bahagian kepada menantu, Nur Rahimah Mohamad Nasir, pasangan suami isteri berkenaan merasakan menantu dan empat orang cucu perempuan lebih memerlukan.
Tidak mahu kufur nikmat, mereka bersyukur dengan apa yang ada demi menjaga hubungan kekeluargaan, malah menjelaskan duit simpanan yang beliau ada sudah cukup untuk menampung kehidupan mereka berdua.
BACA:
Pemuda ini kongsi pengalaman kerja di New Zealand buat ramai anak muda bercita-cita hijrah ke sana