Cuba bayangkan warkah dukacita Tuanku dituju kepada kerajaan PH

Cuba tuan-tuan bayangkan seandainya surat dukacita Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong itu dituju kepada PH .

Apa yang bakal berlaku didalam negara Malaysia ini ?

Saya rasa mungkin ini yang akan berlaku .

Semua gua dan pulau di negara Malaysia ini akan kembali kosong semula seperti asal.

Squad-squad unit anal bakal bersiap siaga untuk membakar kereta-kereta penyokong Pakatan Harapan khususnya DAP.

Tiupan semboyan menentang pengganas komunis kembali bergema ditanah malaya ini.

Nyanyian lagu seperti islam terancam, agenda menghapuskan raja2 melayu, DAP komunis , agenda liberalism , islam dibuli, derhaka pada institusi beraja kembali bersiar di layar udara negara kita.

Padang Merbok akan kembali penuh dengan himpunan para tentera berkuda kepang yang bangkit dari jirat-jirat China setelah sekian lama berpura-pura mati syahid.

Presiden parti Aryuyu Tri Fai Fai juga tidak terlepas memberi kenyataan-kenyataan berkenaan dengan hal ehwal binatang-binatang yang terdapat dalam muka bumi ini. Banyak binatang-binatang termasuk spesis yang sudah pupus akan menjadi coretan didalam minda presiden parti Aryuyu Tri Fai Fai.

Bertebaranlah para walaun dan tentera berkuda kepang dari alam bazrah ke media-media sosial untuk membuli siber, mencari dan mencaci maki ugut semua penyokong PH.

Akhir sekali , negara bakal menyaksikan kembalinya siri-siri himpunan bantahan yang dianggotai oleh para pejuey nayu dan pejuey isley serta beberapa kerat pemimpin nayu isley termasuk yang mempunyai kes-kes mahkamah turut bersemangat hadir berjuang diperhimpunan nayu isley tersebut.

Itulah gambarannya jika PH yang sedang menderhaka sehingga keluar surat dukacita Tuanku Agong dari istana .

Tapi oleh kerana yang menderhaka kepada Agong itu adalah dari parti Perikatan Nasional yang dianggotai dan didalangi oleh PAS , maka segala dalil akan diturunkan dari alam sebalik mata.

Sumber :

BACA JUGA : Gempar !!! 4 MP pembangkang berpaling tadah sokong PN?