Cuaca terlalu panas buat landasan cair, Britain henti penerbangan

Oleh MHDAILY

Cuaca terlalu panas buat landasan cair, Britain henti penerbangan. Penerbangan keluar dan masuk di lapangan terbang terbesar di Pangkalan Tentera Udara Diraja (RAF) United Kingdom (UK) yang bertempat di Oxfordshire terpaksa ditutup kerana landasan terbangnya cair pada Isnin.

London, Keputusan RAF untuk menghentikan sementara penerbangan di pangkalannya itu turut dilaporkan oleh Sky News. Landasan terbang Brize Norton itu cair akibat cuaca panas, kata sumber tentera yang dilaporkan oleh portal berita Express.

Pihaknya juga mengesahkan penerbangan dialihkan ke tempat lain dan menyatakan bahawa lencongan itu tidak mengganggu urusan ketenteraan. Keputusan itu dibuat untuk memastikan tiada kesan ke atas operasi dan berlaku ketika suhu menghampiri 40 darjah Celsius di Britain.

Baca Artikel Penuh