Covid-19 tidak hilang dengan vaksin

Covid-19 tidak hilang dengan vaksin. Kerajaan digesa memastikan ia berwaspada terhadap pematuhan SOP diteruskan, walaupun dengan kempen imunisasi kebangsaan dipercepatkan kerana ia tidak boleh bergantung kepada vaksinasi semata-mata untuk mengurangkan jumlah kes Covid-19.

Bekas timbalan menteri kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, disebabkan “belum ada vaksin sempurna”, orang ramai perlu menyedari keperluan mematuhi protokol kesihatan awam, walaupun semakin ramai yang divaksin.

“Sehingga lebih 16 juta orang (kira-kira separuh daripada populasi negara) sudah divaksin, dengan kebanyakannya warga emas dan individu berisiko tinggi divaksin, ‘lockdown’ tahap tertentu masih diperlukan.

covid

“Vaksin sedia ada boleh memberi perlindungan hampir 90 hingga 100% terhadap penyakit serius atau membawa maut. Tetapi, jangkitan dan penularan masih boleh berlaku, walaupun pada kadar jauh lebih rendah,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, kerajaan perlu melaksanakan strategi mitigasi lain sebagai tambahan untuk mempercepatkan vaksinasi supaya jumlah kes boleh dikurangkan dengan lebih ramai orang divaksin bagi mengelakkan negara terperangkap antara fasa dengan peratusan tinggi populasi divaksin, tetapi jumlah tinggi kes harian masih berterusan.

“Perlu ada gabungan vaksinasi, pengesanan kontak berkesan dan pengasingan, ujian saringan besar-besaran dan SOP konsisten untuk mengawal pandemik.”

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dr Subramaniam Muniandy berkata, vaksin mengurangkan kadar penularan virus, tetapi ia tidak menghapuskan virus itu.

“Sehingga kita divaksin sepenuhnya, kita tidak patut terlalu berpuas hati. SOP masih perlu dipatuhi.”

Katanya, walaupun vaksin adalah “kunci untuk menjadikan pandemik mampu dikendalikan”, virus itu mungkin kekal wujud di dalam negara bagi tempoh agak lama.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/27/vaksin-bukan-penawar-semua-penyakit-putrajaya-diberitahu/

BACA JUGA : Panas !!! Video kontrak 100 penghantar barangan Poslaju ditamatkan 1 Julai