Covid-19 tengah memuncak mahu Umno adakan pemilihan?

Oleh MHDAILY

Covid-19 tengah memuncak mahu Umno adakan pemilihan. Umno membidas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang memaklumkan tindakan Umno menangguhkan pemilihan parti itu tidak sah.

Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata keputusan ROS itu tidak munasabah dan cuma menguntungkan agenda politik tertentu.

Jelasnya, keputusan ROS itu seakan ‘memaksa’ Umno mengadakan pemilihan parti pada saat negara menyaksikan lonjakan kes Covid-19.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

“Sekarang Ogos. 20,000 kes sehari. ROS mahu memaksa Umno laksanakan pemilihan tergesa-gesa membabitkan lebih 20,000 cawangan serata negara?

“Tidak masuk akal,” katanya pada kenyataan malam tadi.

Shahril berkata peguam Umno mengesahkan bahawa prosedur yang dilaksanakan untuk memohon penangguhan pemilihan sebelum ini telah dibuat dan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan akan mengutus respon balas kepada ROS.

Covid-19
“Parti lain tangguh pemilihan, tiada halangan.

“Parti lain hendak buat kongres “hibrid” bulan Jun dahulu, tidak dibenarkan – atas sebab kekhuatiran penularan Covid,” katanya

Mengenai cadangan kemungkinan undi elektronik dalam pemilihan Umno, Shahril mengulangi kenyataan Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan pada Jun tahun lalu.

“Suka diingatkan bulan Jun 2020 dahulu pun menteri undang-undang menyebut Kerajaan sedang “mengkaji” cadangan PRU “virtual” dengan undi elektronik.

“Ada ulasan dari menteri sama bahawa ada banyak cabaran untuk melaksanakannya,” katanya lagi.

Menurut Shahril kerajaan dengan segala sumber yang ada pun mengakui, selepas lebih setahun mengkaji bahawa sukar untuk melaksanakan pengundian elektronik.

“Inikan hendak paksa parti politik laksanakan pemilihan elektronik dalam masa beberapa minggu atau bulan?

“Tidak masuk akal. Tidak masuk akal dari sudut praktikal. Tidak masuk akal dari sudut kesihatan dan keselamatan.

“Hanya masuk akal politik tertentu,” jelasnya lagi.

ROS: Umno perlu kemuka cadangan tarikh

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Jasri Kasim memaklumkan tindakan Umno menangguhkan pemilihan parti itu tidak sah.

Katanya, ini kerana keputusan Umno menangguhkan pemilihan itu selama 18 bulan adalah berdasarkan minit mesyuarat majlis tertinggi parti itu pada 7 Julai lepas, sedangkan tempoh pemegang jawatan MT bagi penggal 2018/ 2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.

β€œJusteru, Umno perlu mengemukakan permohonan penangguhan mesyuarat agung atau pemilihan parti dengan mengemukakan cadangan tarikh kepada ROS dalam tempoh terdekat,” katanya melalui sepucuk surat kepada Umno.

Menurut Jasri, ROS bertanggungjawab untuk memastikan semua aktiviti dan pentadbiran pertubuhan berdaftar dilaksanakan sejajar dengan Perlembagaan Pertubuhan masing-masing yang tidak bercanggah dengan Akta Pertubuhan 1966 atau undang-undang negara.

Keputusan ROS itu dibuat selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan sekumpulan ahli parlimen menarik sokongan mereka terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ekoran itu, Zahid mendakwa perdana menteri telah kehilangan sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Muhyiddin menegaskan dia masih mendapat sokongan dan setuju untuk mengadakan undi percaya perdana menteri pada sidang parlimen September depan.

Zahid dan kumpulannya serta pembangkang menuntut parlimen segera bersidang untuk undian usul tersebut dan tidak menunggu sehingga September.

Ini kerana mereka mendakwa perdana menteri mungkin merancang ‘ahli parlimen melompat’ untuk meningkatkan penguasaannya dalam beberapa minggu akan datang ini.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/586216

BACA:Β Panas !!! Anwar disoalsiasat oleh Polis