Covid-19 : Kes perlukan bantuan oksigen makin meningkat

Kes

Covid-19 : Kes perlukan bantuan oksigen makin meningkat.Kes serius COVID-19 yang memerlukan bantuan oksigen di hospital republik ini meningkat daripada 35 kepada 54 kes sehari, dengan 44 daripadanya warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Kementerian Kesihatan (MOH) turut melaporkan satu kelompok baru dengan 28 kes di DHL Supply Chain Advanced Regional Centre di 1 Greenwich Drive, dengan tiga daripadanya disahkan kelmarin.

Daripada 28 kes itu, 25 membabitkan kakitangan dan tiga daripadanya adalah kontak isi rumah yang berkaitan kelompok jangkitan itu.

Selain itu, 10 lagi kes disahkan pada kelompok di Chinatown Complex, menjadikan jumlah keseluruhan 81 kes, kata MOH dalam laporan hariannya kelmarin.

Pusat beli-belah itu ditutup mulai tiga petang kelmarin hingga Rabu ini, dan semua pekerja di situ akan dikenakan ujian saringan coronavirus.

Kes

MOH juga akan memperluaskan lagi ujian COVID-19 kepada orang ramai yang mengunjungi Chinatown Complex antara 8 hingga 11 September lalu, namun tidak menerima amaran kesihatan.

Sementara itu, lapan kes pula disahkan pada kelompok di Hu Lee Impex, pemborong buah dan sayur di Chin Bee Avenue di Jurong West, dengan jumlah keseluruhan menjadi 54 kes.

Terdapat juga 17 kes baru ditambah kepada kelompok yang dikaitkan dengan kakitangan di tujuh pusat tukaran bas di Punggol, Bishan, Toa Payoh, Tampines, Boon Lay, Clementi dan Jurong East, keseluruhannya mencapai 670 kes.

Secara keseluruhan, Singapura melaporkan sejumlah 520 kes COVID-19 baru kelmarin, termasuk 454 kes dalam masyarakat dan 63 penghuni asrama pekerja asing selain tiga kes import.

Pada masa ini terdapat 780 pesakit Covid-19 di hospital, termasuk 54 kes memerlukan bantuan oksigen dan tujuh lagi berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU).

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/09/863960/kes-covid-19-perlukan-bantuan-oksigen-bertambah

BACA: Ancaman keganasan di tempat sembahyang?, Ini penjelasan Menteri Pertahanan