Covid-19 : Kematian sebenar kembali naik ke 3 angka

Malaysia kembali mencatatkan kes tiga angka melibatkan kematian sebenar akibat Covid-19 iaitu 104 kes yang direkodkan semalam, berbanding 99 kes sehari sebelum itu.

Bagi jumlah kes tertunggak yang tidak dilaporkan sebelum ini turut berlaku peningkatan, sebanyak 413 kes berbanding 292 kes.

Berdasarkan maklumat yang dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my pula, sebanyak 176 daripada 413 kematian melibatkan kematian yang dibawa ke hospital.

Kematian sebenar kembali naik ke 3 angka

Kes aktif pula mencatatkan penurunan iaitu 228,124 kes berbanding kelmarin 239,351.

Bagi kematian sebenar dibahagi mengikut negeri, Johor mencatatkan kematian dilaporkan 52 kes manakala kematian sebenar, 24 kes diikuti Pulau Pinang (33/22), Sabah (39/19), Perak (13/11), Selangor (111/10), Kedah (54/10), Kelantan (36/6), Pahang (15/5), Sarawak (5/5), Kuala Lumpur (8/3), Terengganu (5/3), Negeri Sembilan (29/4) dan Melaka (13/4).

Bagaimanapun, Perlis tidak mencatatkan kes kematian tertunggak tetapi mempunyai satu kematian sebenar manakala Labuan dan Putrajaya tidak merekodkan sebarang kematian bagi dua kategori kematian.

Utusan Online semalam melaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 16,073 kes berbanding semalam, 19,198 kes sekali gus diatasi 24,813 kes sembuh dengan 1,312 kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 698 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selain itu, daripada 32 kluster dicatatkan, tempat kerja terus menjadi penyumbang terbanyak dengan 16 kluster dan komuniti pula melibatkan 14 kluster manakala kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan tinggi, masing-masing satu kluster,” katanya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/kematian-sebenar-covid-19-kembali-tiga-angka/

BACA JUGA : Gantung kanak-kanak 2 tahun dan rakam, lelaki dipenjara 52 tahun