Covid-19 : Kadar kebolehjangkitan (R-Naught) negara semakin menurun

Covid-19 : Kadar kebolehjangkitan (R-Naught) negara semakin menurun

Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia kembali menurun.

Angka itu turun kepada 1.07 pada Khamis berbanding 1.09 hari sebelumnya.

Terengganu masih lagi mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.32.

Manakala negeri dan wilayah lain yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1.0 adalah Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Melaka.

Ini termasuk Putrajaya, Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan dan Pahang.

Sabah dan Sarawak negeri terakhir merekodkan kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1.0.

Sementara itu Labuan satu-satunya lokaliti merekodkan dua kes baharu COVID-19.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi pernah dicatatkan ialah 1.19 pada 17 April lalu.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kadar-rnaught-negara-turun-ke-107-296839