Covid-19 boleh merebak dalam salur pembetung, dedah pakar

Oleh MHDAILY

Ketika negara bersiap-sedia untuk hidup dengan Covid-19 sebagai endemik, seorang ahli virologi berkata, wabak itu dapat dicegah pada masa hadapan dengan melihat kepada sistem pembetungan.

Ini kerana air kumbahan boleh menjadi tanda amaran awal mengenai insiden jangkitan Covid-19 yang bakal berlaku di sesuatu kawasan, kata Kumitaa Theva Das dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Virus yang disingkirkan dengan mencuci tangan, membuang kahak dan najis serta mandi semuanya akan berakhir di saluran pembetungan, katanya.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
SAMBUNGAN ARTIKEL ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Covid-19 boleh merebak dalam salur pembentung, dedah pakar

Virus yang disingkirkan dengan mencuci tangan, membuang kahak dan najis serta mandi dapat dikesan dalam saluran pembetungan sebelum pembawanya menunjukkan simptom penyakit.

Bakteria dan patogen lain juga boleh dikesan dengan cara ini, tambahnya.

Menurut Kumitaa, kajian menunjukkan bahawa jumlah virus Covid-19 yang terdapat dalam air kumbahan mempunyai korelasi dengan jumlah jangkitan dalam populasi setempat, walaupun ia hanya satu jangkitan per 10,000 orang.

Kumitaa Theva Das.

โ€œBerdasarkan kajian yang diterbitkan, virus SARS-CoV-2 dijumpai dalam air kumbahan sebelum ia tersebar dalam populasi,โ€ katanya.

Tambahnya, persampelan yang dilakukan di beberapa negara Eropah dapat meramalkan insiden jangkitan sekurang-sekurangnya dua bulan lebih awal.

Beliau memetik kajian yang dilakukan di Amsterdam, di mana virus Covid-19 dijumpai dalam air kumbahan di sebuah kawasan tiga minggu sebelum kes pertama dilaporkan.

Begitu juga di Barcelona, di mana pihak berkuasa menjumpai virus Covid-19 dalam saluran pembetungan 41 hari sebelum kes pertama dilaporkan, manakala di Milan, 64 hari sebelumnya.

Kumitaa berkata, ujian ke atas air kumbahan membantu pengesanan kes, dengan air kumbahan yang menunjukkan jumlah virus Covid-19 yang tinggi di kawasan dengan jumlah jangkitan yang rendah dan kes tidak bergejala.

Tambahnya, pengujian air kumbahan boleh menjadi berguna di kawasan-kawasan di mana pengujian ke atas individu sukar dilakukan.

โ€œSebagai permulaan, pihak berkuasa boleh mengambil sampel air kumbahan dari kawasan titik panas dan lokasi berkepadatan tinggi seperti pangsapuri dan flat.

โ€œVirus dapat dikesan dalam tempoh beberapa jam selepas perkumuhan,โ€ katanya.

โ€œOleh itu, pemantauan secara berkala menerusi air kumbahan boleh jadi bermanfaat untuk menjangkakan lonjakan jangkitan.โ€

BACA JUGA :ย Panas !!! CEO kumpulan MAHB letak jawatan
Polis terima sumbangan 5,000 pelindung muka daripada Freemasons