Covid-19 : 81.6% sudah dapat dos pertama, kes baru UK catat peningkatan

Oleh MHDAILY

BRITAIN mencatatkan 9,284 kes baharu Covid-19 dengan enam kematian baharu, pada Ahad.

Walaupun lebih rendah sejak beberapa hari lalu, jumlah kes baharu mencerminkan trend peningkatan dalam beberapa minggu terakhir.

Ini disebabkan peningkatan kes varian Delta lebih mudah menular yang pertama kali dikesan di India.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Program vaksinasi besar-besaran berlangsung di London pada hujung minggu lalu ketika kerajaan berusaha mempercepatkan program vaksinasinya bagi meminimakan kesan varian.

Sesiapa sahaja berusia 18 tahun ke atas di England boleh membuat janji temu vaksinasi.

Menurut data kerajaan setakat Ahad, sebanyak 81.6 peratus populasi dewasa telah menerima dos pertama manakala 59.5 peratus lengkap dua dos.

Perdana Menteri, Boris Johnson minggu lalu menunda pembukaan semula ekonomi yang dirancang kepada tarikh baharu 19 Julai.

Ini bagi membolehkan lebih ramai orang menerima vaksin dan mengurangkan risiko perkhidmatan kesihatan dibanjiri pesakit COVID-19.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-dunia/covid19-uk-catat-9284-kes-baharu-alami-trend-peningkatan-304203