Confirm PM8 dan Menteri PN menipu, kata Najib

Surat

Confirm PM8 dan Menteri PN menipu, kata Najib. Hari itu, PM8 bukan tulis kenyataan panjang lebar 4 muka surat kata tak perlu perkenaan YDP Agong, tak perlu usul dan Ordinan-ordinan Darurat sudah batal?

Hari ini kata pulak TAK DAPAT disempurnakan dan perlu usul, bahas dan diluluskan Dewan pada bulan September.

Maksudnya, confirm PM8 dan Menteri PN sudah menipu bahawa ianya sudah dibatalkan dan kenyataan 4 muka surat mereka hari itu sekadar penipuan sahaja kepada YDP Agong dan seluruh Rakyat Malaysia.

PM8

Apa pula akan terjadi sekiranya usul kerajaan ini tidak dapat undian majoriti dalam parlimen dan tidak dapat diluluskan?

Jangan letak usul ini ke paling belakang nanti.

Biarkan ianya jadi usul pertama sidang parlimen akan datang.

Diikuti dengan usul untuk naikkan had hutang negara supaya ada lebih banyak ruang untuk membantu Rakyat dan menghidupkan ekonomi.

Sumber:

BACA: Mitos dalam politik, antaranya ‘jangan tukar kerajaan’

Artikel ini disiarkan pada 03/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)