Cipta rekod dunia, nenek usia 104 tahun tak ‘goyang’ lakukan ‘skydiving’ tarik perhatian ramai

Seorang nenek di Chicago dilaporkan telah menjadi individu tertua yang pernah melakukan terjunan payung terjun pada ketinggian 13,500 kaki di utara Illinois pada Ahad lalu, lapor Daily Mail.

Dorothy Hoffner, 104, dikatakan berkemungkinan akan memecahkan Rekod Dunia Guinness sebaik sahaja lompatan itu diperakui oleh badan tersebut.

Rekod sebelum ini telah dipegang oleh Linnea Ingegard Larson yang berusia 103 tahun ketika terjunan tersebut dilakukan.

Cipta rekod dunia, nenek usia 104 tahun tak 'goyang' lakukan 'skydiving' tarik perhatian ramai

“Usia hanyalah angka,” beritahu Hoffner kepada orang ramai yang bersorak selepas dia berjaya mendarat dengan selamat pada Ahad lalu di Skydive Chicago di Ottawa.

Hoffner melakukan terjunan udara pertamanya pada empat tahun lalu ketika dia berusia 100 tahun.

Wanita itu telah memberitahu rakannya iaitu Joe Conant, 62, untuk mencubanya selepas mendapati aktiviti itu kelihatan sangat menarik.

“Semuanya menggembirakan, indah dan ia sangat baik,” katanya lagi selepas mendarat.

Terjunan Hoffner pada awalnya dijadualkan pada awal September lalu, tetapi tertangguh tiga kali kerana cuaca yang buruk.

Hoffner meninggalkan peralatan bantuan berjalannya sebelum menaiki pesawat Skyvan putih untuk melakukan terjunan pada ketinggian 13,500 kaki.

Kredit Instagram/Skydive Chicago
“Jom, mari Geronimo!” kata Hoffner selepas menaiki kapal terbang.

Akhirnya dia melakukan terjunan ke udara dan menikmati pemandangan sungai yang berliku dan tanah lapang sebelum melakukan pendaratan bersejarah.

Terjunan itu dilakukan bersama dengan seorang lelaki yang membantunya dan terjunan itu berlangsung selama tujuh minit sebelum dia selamat mendarat.

Kredit Instagram/Skydive Chicago
Kenalannya bergegas mendapatkan Hoffner untuk mengucapkan tahniah dan salah seorangnya membawa alat bantuan pejalan kaki miliknya.

“Indah, ia sangat indah di atas sana,” kata Hoffner selepas mendarat melakukan aksi berani tersebut.

Dalam pada itu, Skydive Chicago sedang berusaha untuk memastikan Guinness World Records mengesahkan lompatan Hoffner sebagai pemegang rekod terbaru.

Bakal mencecah usia 105 tahun pada Disember depan
Bakal mencecah usia 105 tahun pada bulan Disember depan, Hoffner berkata bahawa dia mahu mencuba menaiki belon udara panas pula di masa akan datang.

“Saya tidak pernah mencubanya,” kata Hoffner merujuk kepada belon udara panas.

Hoffner dilahirkan pada 1918 selepas Perang Dunia I dan telah terselamat daripada dua pandemik besar seperti selesema di Sepanyol dan pandemik Covid.

Hoffner menghabiskan seluruh hidupnya di Chicago dan pernah mengembara ke England, Panama, Itali dan Perancis.

Hoffner dibesarkan dalam keluarga yang miskin dan tidak mampu untuk memasuki kolej.

Dia bekerja sebagai operator untuk Illinois Bell, sebuah syarikat telefon yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada AT&T.

Hoffner juga tidak pernah berkahwin atau mempunyai anak dan menyifatkan dirinya sebagai ‘harta karun yang tidak dituntut’.

BACA: “Suami diserang strok, aku jaga sampai sihat, bila dah sihat dia ulang perangai lama…”