Cinta DSV dan Iqbal kembali berputik, natizen ucap tahniah

Cinta DSV dan Iqbal kembali berputik natizen ucap tahniah

Cinta DSV dan Iqbal kembali berputik, natizen ucap tahniah. Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan kemesraan terjalin antara usahawan kontr0versi, Dato Seri Vida dan Ahmad Iqbal Zulkefli sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik pengguna dikenali @__akakaiskrim, Iqbal dan Vida dilihat nyanyi bersama dalam sebuah penggambaran yang dipercayai berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Bukan itu sahaja, malah pelakon Azad Jasmin turut serta kelihatan disitu sebagai ‘pengarah’ dan ‘penyanyi latar’.

Dalam video itu, Iqbal menyanyikan lagu single miliknya berjudul Hujan dan Ku Ikhlaskan oleh Vida yang sememangnya membawa maksud yang begitu mendalam dan ‘padan’ dengan situasi yang pernah dilalui oleh mereka berdua.

Cinta berputik kembali ke?

Cinta DSV dan Iqbal kembali berputik natizen ucap tahniah

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di mana ramai terhibur dengan aksi yang ditunjukkan oleh mereka berdua termasuk Azad Jasmin yang tidak pernah gagal menunjukkan sisi lucunya sebagai seorang penghibur.

Malah, ada yang tertanya-tanya sama ada putik-putik percintaan DSV dan Iqbal kembali semula setelah terputus separuh jalan pada tahun lalu.

Aku rasa dorang kahwin nanti…

@__akakaiskrimhahah so sweet😂

♬ bunyi asal – _____akakairskim🍦

Tidak kurang juga mendoakan agar jodoh mereka berdua kuat dan berkahwin juga nanti.

” Cik B dan Kacak dah tengok ke ni? ”

” Sporting la hehe ”

” Kalau ada jodoh mereka, semoga Allah permudahkan. Jangan dikecam, cinta tak kenal usia n rupa. Semoga berbahagia, Aminnnn. ”

” Bila org tua bercinta be like ”

” Cinta tak mengenal usia. Keikhlasan me bukti kan kejujuran dalam berkasih sayang biar tak bersatu. Namun tak lupa hingga ke akhir hayat. ”

BACA:

Gadis ‘serius’ rakam pemain JDT jadi bahan ketawa, tak sedar masuk live TV!

Unik! Lelaki ni boleh bau dan rasa perkataan

Saya bosan hidup terlalu kaya macam ni – Raffi Ahmad

CATEGORIES