“Cikgu tak ingat saya? Asbab cikgulah saya jadi macam ini..sampai hati cikgu buat saya macam ini..”

Oleh MHDAILY

“Cikgu tak ingat saya? Asbab cikgulah saya jadi macam ini..sampai hati cikgu buat saya macam ini..”Dalam ramai-ramai tetamu yang datang, pengantin lelaki terkejut melihat bekas guru sekolah rendahnya turut hadir dalam majlis persandingannya.

Dia segera berjalan mendatangi dan menyapa gurunya dengan penuh hormat.

” Assalamualaikum, Cikgu Zamri masih ingat saya lagi, Faiz? Tak sangka cikgu datang!”

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Gurunya menjawab: β€œ Waalaikumussalam. Tahniah ya. Maaf Faiz saya tak berapa ingat awak. Saya datang atas jemputan mak ayah awak”

Pengantin lelakui yang bernama Faiz itu kehairanan dan bertanya lagi, β€œEh, biar betul cikgu tak ingat saya?”

"Cikgu tak ingat saya? Asbab cikgulah saya jadi macam ini..sampai hati cikgu buat saya macam ini.."

” Saya Faiz murid cikgu kelas 6 Mawar. Murid yang mencuri jam tangan salah seorang kawan di dalam kelas kami tu. Ketika tu murid yang kehilangan jam itu menangis dan mengadu.

Faiz cuba mengimbas kembali kisah lalu ketika beliau darjah 6. Kata Faiz lagi waktu itu Cikgu Zamri telah menyuruh semua murid berdiri, lalu dibuat pemeriksaan poket murid-muridnya untuk mencari jam tangan hilang.

” Cikgu suruh kami semua berdiri menghadap dinding dan menyuruh kami semua menutup mata dengan sapu tangan.

” Kemudian Cikgu periksa poket setiap kami, ketika tiba giliran saya, cikgu ambil jam tangan itu dari poket saya, dan cikgu meneruskan penggeledahan sampai ke murid yang terakhir.

” Setelah selesai, cikgu suruh kami membuka penutup mata, dan duduk di tempat duduk masing-masing. Waktu itu saya takut cikgu akan memaIukan saya di depan semua murid-murid lain.

” Cikgu tunjukkan jam tangan itu dan berikan kepada pemiliknya tanpa menyebutkan siapa yang mencurinya.

” Sejak dari kejadian itu cikgu tak pernah sebut pun tentang kes dan tidak ada seorang pun guru mahupun murid yang tahu tentang kecurian jam tangan itu.

” Cikgu masih ingat lagi saya tak? Takkan cikgu tak boleh ingat saya lagi?

” Saya sangat hormati Cikgu. Sejak kejadian itu saya berubah menjadi baik. Saya belajar bersungguh-sungguh ketika sekolah menengah dan berjaya masuk Universiti. Alhamdulillah sekarang pun dapat kerja bagus.

Kemudian Cikgu Zamri tadi menjawab, ” Maaf Faiz, kejadian itu saya rasa saya ingat, tapi saya betul-betul tak ingat awak sebab pada waktu menggeledah itu, memang saya sengaja tutup mata juga supaya tidak cam siapa pelakunya.

” Sebabnya saya tidak mahu merasa kecewa atas perbuatan salahlaku seorang murid. Saya sangat sayang semua murid-murid saya.

Faiz hanya terdiam, hilang kata-kata.

Kata Faiz, β€œSaya terfikir waktu itu saya akan dimaIukan di hadapan murid-murid, dan akan menjadi bahan ejekan, mereka akan hina dan menggelar saya β€œpencuri” dan saya pasti akan beri kesan sepanjang hidup saya.

Sekali lagi dia bersalam dan memeluk bekas gurunya itu sambil air matanya bergenang.

Hikmah yang dapat diambil, jangan memaIukan seseorang hanya kerana satu kesalahan, kerana ia mampu menghancorkan dirinya sepanjang hidupnya dan mungkin akan tambah terperosok lebih dalam lagi pada masa depannya.

BACA:

Wanita ini dedah cara β€˜ustaz-ustaz’ Pas manipulasi dana kutipan sedekah untuk bermewah

β€œSaya baca je mesej dia tapi tak reply, dia je yang terhegeh-hegeh nak”, kakak kandung sendiri sondol suami adik