China pernah gagal dalam pelaksanaan RFID, ini cara mereka perbaikinya…

China pernah gagal dalam pelaksanaan RFID, ini cara mereka perbaikinya. Berikutan daripada pelaksanaan RFID (Radio Frequency Identification) di Malaysia yang gagal, mungkin kita boleh mempelajari serba sedikit daripada kegagalan projek mega lain dari negara luar. Apa kata kita melihat ke China? Di sana, kerajaan China baru sahaja melancarkan sistem yang dipanggil Electronic Toll Collection (ETC) yang menerima nasib yang sama sepert RFID.

Sehingga tahun 2021, China mempunyai lebih daripada 300 juta kenderaan di atas jalan raya mereka. Daripada jumlah tersevut, lebih 200 juta kenderaan di sana sudah serasi dengan ETC dan ini boleh diterjemahkan kepada kadar penggunaan sebanyak 66.7 peratus.

Walaupun tak sampai 100 peratus, China sebenarnya telah menjadi pasaran ETC terbesar di dunia, mengatasi banyak negara.

China pernah gagal dalam pelaksanaan RFID, ini cara mereka perbaikinya...

Dalam memulakan cita-cita ETCnya, China telah mula menghapuskan kesemua 487 reruai tol fizikal pada 1-Januari 2020, menggantikannya dengan sistem ETC untuk rangkaian lebuh raya mega mereka yang meliputi 140,000 km.

China juga mengalami masalah sama

Sama seperti PLUS melancarkan sistem RFID di plaza tol mereka, pengguna lebuh raya China juga menghadapi “masalah sistem”, di mana beberapa pembaca ETC gagal membaca kad ETC, mengakibatkan kesesakan panjang di plaza tol.

China pernah gagal dalam pelaksanaan RFID, ini cara mereka perbaikinya...

Ya, ia juga berlaku di China

Foto di atas ialah gambaran yang sangat jelas mengenai hari-hari awal pelancaran ETC di China: kenderaan tersangkut dan cuba mengundur keluar dari lorong terbabit.

Malah, boleh dikatakan kesesakan di plaza tol ETC di China semasa awal pelaksanaannya adalah suatu pemandangan biasa, saling tak tumpah dengan senario di Malaysia

China pernah gagal dalam pelaksanaan RFID, ini cara mereka perbaikinya...

ETC juga menggunakan lorong khas, tak mahu berkongsi ibarat RFID

Tetapi bukan sekadar masalah kesesakan plaza tol sahaja yang perlu dihadapi oleh pengguna lebuh raya China – terdapat juga kes pemandu yang dikenakan caj berlebihan, kerana sistem ETC yang dipautkan ke akaun bank masing-masing memotong baki mereka tanpa memberitahu pemandu selama berhari-hari, malah berminggu-minggu.

Pihak berkuasa mula ambil tindakan

China pernah gagal dalam pelaksanaan RFID, ini cara mereka perbaikinya...

Tidak seperti PLUS yang mengucapkan tahniah kepada diri sendiri dengan pelaksanaan sistem yang kurang ideal, Kementerian Pengangkutan China pula mengambil langkah mengadakan sidang akhbar dan menawarkan penyelesaian teknikal untuk pengguna ETC mereka.

Kementerian Pengangkutan di China dengan kerjasama pihak berkuasa lebuh raya peringkat wilayah dan plaza tol di seluruh negara untuk mewujudkan sistem pemantauan 24 jam.

Jika pasukan pemantau melihat kesesakan lalu lintas lebih daripada 500 meter, mereka akan bertindak untuk mengurangkan kesesakan.

China pernah gagal dalam pelaksanaan RFID, ini cara mereka perbaikinya...

Tempat letak kereta juga menggunakan ETC di China

Bagi isu caj berlebihan, Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan untuk menyelesaikan isu bayaran balik, serta membantu mereka yang menghadapi isu berkaitan ETC lain.

Anekdot: Penulis masih belum menerima pulangan wang terlebih caj daripada pihak bertanggungjawab lebih 4 tahun dan masih berjalan.

Malah beberapa pengguna lain di Malaysia juga masih tidak menerima sebarang maklum balas daripada pengurusan tol mengenai kerosakan yang disebabkan oleh palang yang merosakkan kenderaan.

Caj yang lebih murah untuk pengguna ETC

China pernah gagal dalam pelaksanaan RFID, ini cara mereka perbaikinya...

Dalam usaha mempromosikan penggunaan ETC, kerajaan di peringkat negeri mempromosikan penggunaan ETC secara besar-besaran melalui saluran media, serta bekerjasama dengan pelbagai agensi berkaitan, termasuk PBT dan bank GLC untuk sama-sama mempromosikannya. Bank-bank tersebut juga tampil dengan idea seperti pelbagai tawaran diskaun dan insentif untuk pengguna menggunakan ETC, serta menawarkan on-board unit (OBU) – mirip pembaca SmartTAG secara percuma.

Untuk menggalakkan lagi penggunaan ETC di China, pengguna turut diberikan diskaun 5 peratus daripada caj lebuh raya mereka. Malah, sesetengah bank menawarkan diskaun sehingga 10 peratus daripada caj lebuh raya, yang pastinya mempercepatkan penggunaan ETC di China.

Hal ini juga berkait rapat dengan harga RFID di Malaysia yang menjadi perdebatan hangat selepas didedahkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tiada monopoli e-dompet, pengguna boleh memilih cara pembayaran

China pernah gagal dalam pelaksanaan RFID, ini cara mereka perbaikinya...

Bercakap mengenai cara pembayaran, sistem ETC China tidak dimonopoli (baca: Touch N Go) oleh satu sistem pembayaran sahaja, di mana pengguna boleh memilih untuk menggunakan sistem AliPay atau WeChat untuk dipautkan ke dalam sistem ETC mereka.

China pernah gagal dalam pelaksanaan RFID, ini cara mereka perbaikinya...

Sekurang-kurangnya China menawarkan 2 saluran pembayaran

Kedua-dua akaun AliPay dan WeChat disambungkan ke akaun bank pengguna, jadi tiada masalah penyedia khidmat MENYIMPAN duit pengguna secara paksaan.

Peranti ETC terbina dalam kenderaan baharu di China

China pernah gagal dalam pelaksanaan RFID, ini cara mereka perbaikinya...

Kerajaan China juga telah mempromosikan pemasangan ETC yang dipasang terus dari pengilang, di mana pengeluar kenderaan dikehendaki menawarkan peranti pembaca ETC terbina dalam kenderaan masing-masing.

China pernah gagal dalam pelaksanaan RFID, ini cara mereka perbaikinya...

Selain daripada peranti ETC, sesetengah pengeluar juga menawarkan pilihan peranti On-Board Unit (OBU), mirip dengan peranti SmartTag kita.Berbeza dengan SmartTag berkuasa bateri kita, peranti OBU / ETC dikuasakan oleh solar, seperti yang ditunjukkan dalam foto di atas.

Pelaksanaan nombor plat standard

China pernah gagal dalam pelaksanaan RFID, ini cara mereka perbaikinya...

Nombor plat yang dipasang pada kereta Cina adalah standard

Selain itu, satu lagi sebab yang memudahkan China melancarkan sistem ETC mereka ialah plat nombor standard mereka, menjadikan pengecaman nombor plat jauh lebih mudah.

Perlu diingatkan bahawa nombor plat China mempunyai aksara negeri (dalam mandarin) sebagai aksara pertama, sesuatu yang bukan mudah untuk dilaksanakan.

Adakah Malaysia mampu melaksanakan langkah yang tidak mesra pengundi dan persatuan penjual aksesori kereta ini? Jika tidak memang mimpilah nak laksanakan tol tanpa palang. Tak perlu nak gaduh pasal RFID dan SmartTAG pun.

ETC bukan sekadar di lebuh raya sahaja

China pernah gagal dalam pelaksanaan RFID, ini cara mereka perbaikinya...

Selain lebuh raya, sistem ETC China juga digunakan di pelbagai tempat letak kereta, kerana terdapat kamera pengecam nombor plat dipasang pada pintu masuk dan keluar tempat letak kereta yang mengimbas nombor plat kereta.

China pernah gagal dalam pelaksanaan RFID, ini cara mereka perbaikinya...

Pembaca nombor plat

Sama seperti plaza tol, bayaran letak kereta dipotong terus daripada akaun bank pemandu.

Tiket parkir adalah sesuatu yang sudah ketinggalan zaman sebenarnya.

Di Malaysia, Touch ‘n Go digunakan secara meluas di kebanyakan tempat letak kereta, tetapi perlu kami ingatkan.

Setahun yang lalu, Touch ‘n Go berkata bahawa kadar surcaj parkir / tambah nilai akan dimansuhkan, tetapi setakat ini, manifesto tersebut bukan janji.

Bagaimana dengan impian tol Multi Lane Free Flow (MLFF)?

Projek awal ‘RFID’ di China juga gagal tapi bagaimana mereka memperbaikinya?

China pernah gagal dalam pelaksanaan RFID, ini cara mereka perbaikinya...

MLFF dilaksanakan di Wuhan

Walaupun negara seperti Singapura dan Taiwan telah berjaya menggunakan tol tanpa palang Multi-Lane Free Flow (MLFF), China masih belum menggunakan teknologi ini secara meluas.

Setakat ini, sistem MLFF China masih di peringkat awal, digunakan di bandar seperti Wuhan dan Jiangxi.

Baca Juga : Gadis tol dedah 5 sikap pelik rakyat Malaysia waktu bayar tol
Bukan tolak perubahan tapi 3 kali beli RFID, ini yang terjadi…
Plaza tol di New Zealand ini tiada palang, hanya kamera

CATEGORIES