Ceramah, perhimpunan tak dibenarkan sepanjang kempen PRU kelak – Menteri

Oleh MHDAILY

Ceramah, perhimpunan tak dibenarkan sepanjang kempen PRU kelak.Penganjuran sebarang bentuk ceramah, syarahan dan perhimpunan oleh mana-mana individu atau parti politik sepanjang tempoh berkempen adalah tidak dibenarkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi menjelaskan calon atau parti digalakkan untuk menggunakan media massa, media sosial dan media cetak bagi tujuan berkempen.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga sedang meneliti dan merangka penambahbaikan Garis Panduan Pencegahan Covid-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya yang baharu berdasarkan penilaian semasa dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) selaras dengan arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika ini.

Baca Artikel Penuh