Cepatkanlah program vaksinasi ni, lembab sangat – Pakar

Oleh MHDAILY

Mungkin strategi pemberian vaksin perlu ditukar. Kita sudah TIDAK ADA masa. Cukup lah mesyuarat, mesyuarat tiada berkeputusan.

Cadangan saya:
1. Beri pada yang hendak buat masa ini. Ramai dah orang daftar. Mereka masih tertunggu-tunggu. Opt-in, daftar dan berebut-rebut pun bagus. Tapi berilah temujanji kepada mereka yang dah daftar lama. Ini memang golongan yang betul-betul mahu, tunaikan. Yang tidak mahu, KETEPIKAN.

2. Yang telah diberi temujanji vaksin, dilaporkan ramai tidak pergi. Sebab? Waallahualam. Mungkin sebab Mak Teh; mungkin sebab bunga cengkih, mungkin juga sebab anak-anak tidak bagi atau mungkin tidak ada orang bawa. Kita husnuzon. Tidak mengapa, kita cari penyelesaian.

Baca Artikel Penuh