Cemas !!! Ingatkan nak ‘bunuh diri’ rupanya hanya bersantai di tingkat 6

Cemas !!! Ingatkan nak ‘bunuh diri’ rupanya hanya bersantai di tingkat 6

Ingatkan nak ‘bunuh diri’ rupanya hanya bersantai di tingkat 6. Lima wanita warga Indonesia ditahan selepas melakukan perbuatan membahayakan diri dengan berkumpul di luar balkoni sebuah pangsapuri di Taman Sri Bayu Puteri, di sini hari ini.

Kesemua wanita itu masing-masing berusia 20 hingga 26 tahun ditahan pada pukul 12.15 tengah hari susulan rakaman video tular di media sosial sejak semalam.

diri

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, hasil semakan dan siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 10 pagi, semalam.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Taman Pelangi, IPD Johor Bahru Selatan telah melakukan siasatan dan menahan lima wanita berkenaan.

“Mereka mengaku melakukan perbuatan itu dan kejadian itu berlaku di tingkat enam pangsapuri berkenaan.

“Hasil semakan ke atas dokumen pengenalan diri, mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah dan tidak memiliki rekod jenayah lampau,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Padzli berkata, mereka disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan membahayakan diri atau keselamatan diri dan orang lain.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara tidak lebih tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya sekali.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/07/05/5-wanita-bersantai-luar-balkoni-pangsapuri-ditahan/

jika Anda Terlepas: Panas !!! Zahid gagal yakinkan MP Umno, BN untuk keluar kerajaan PN