Cara selamatkan peti ais berlumpur, tenggelam banjir mudah rupanya

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Peralatan elektrik, termasuk peti ais, sering menjadi mangsa kerosakan apabila bencana banjir melanda.

Bagi mereka yang tinggal di kawasan rendah yang sering dinaiki air, kebiasaan menghadapi situasi ini

Ia telah menjadikan mereka lebih bersedia memindahkan perkakas elektrik ke tempat yang lebih tinggi dan selamat.

Namun, ada masanya banjir berlaku secara mendadak, menyebabkan air naik dengan cepat sehingga barangan berharga, termasuk peti ais, tidak sempat diselamatkan.

Jika peti ais anda berlumpur dan tidak berfungsi selepas banjir, jangan terus membuangnya! Perkakas elektrik tersebut mungkin masih boleh diperbaiki.

Cara selamatkan peti ais berlumpur, tenggelam banjir mudah rupanya

Perkara penting adalah memastikan komponen seperti papan litar tercetak (PCB) benar-benar kering sebelum menghidupkannya semula.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ikuti, berdasarkan perkongsian di laman Facebook Kelate Loni:

Elakkan Terus Menghidupkan Suis

Jangan sesekali cuba menghidupkan suis peti ais sebaik sahaja banjir surut.

Bersihkan Bahagian Dalam dan Luar

Cuci semua bahagian peti ais sehingga tiada lagi lumpur atau pasir yang melekat.

Bersihkan PCB atau Kotak Kawalan

Pastikan bahagian PCB di belakang peti ais juga bebas daripada tanah dan lumpur.

Keringkan Peti Ais Secukupnya

Biarkan peti ais kering sepenuhnya, sekurang-kurangnya selama lima hari.

Hidupkan Semula Suis

Apabila yakin ia benar-benar kering, cuba hidupkan suis peti ais. Dengan izin Allah, ia mungkin boleh digunakan kembali.

Semoga panduan ini bermanfaat untuk menyelamatkan peralatan elektrik anda selepas banjir.

BACA: Doktor forensik tumpang tidur di bilik kosong hospital, Cuak tiba-tiba loceng kaunter depan berbunyi!

Leave a Comment